Sunday, May 24, 2009

Lumrah manusia...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Disini aku ingin meluahkan rasa kecewa yg teramat kepada diri aku dan orang kerana aku ini adalah insan yang tidak sempurna selalu melakukan kesilapan dan kekadang timbul rasa riak dan sombong tanpa aku sedari....

Apa yang aku ingin tekankan disini adalah perkataan "lumrah" adalah seperti kebiasaan atau pun adat serta naluri (aku men hentam ja ni kalau nak makna spesifik tgk kamus dewan)....tanpa aku sedari sebenarnya kebanyakkan manusia ini kurang mengenal erti syukur dan juga berterima kasih selalu je tidak berpuas hati dengan apa yg telah ditakdir dan tertulis dalam kamus hidup ini...Mereka hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain selalu bertindak tanpa batasan seorang insan yang bernama manusia.....

Jikalau anda sedari,bahawa apa yang selalu kita dapat kita tidak pernah berpuas hati padahal dalam erti kata lain kita sudah patut bersyukur kerana ada lagi orang yg lebih teruk dan tidak menerima atau dapat apa seperti kita ini...Jikalau sesuatu yang sudah ada di depan mata kita mesti tidak mahu menerimanya dengan hati yang terbuka dan sabar...mereka masih mahu mendongak langit dan menggapai bintang yang pada realitinya memang kita tidak boleh capai pada logikalnya....

aku betul tidak faham apakah perlu kita mencari apa yang tiada seperti peluang yang agak sukar kita perolehi tp padahal kita telah mempunyai pilih yang boleh kita pilih dan berkemungkinan kita boleh berjaya dengan peluang tersebut....Lagi satu kita tidak menghargai dengan apa yg kita ada contohnya dalam perhubungan persahabatan tanpa kita sedari kita sebenarnya telah mempunyai sahabat atau kawan2 yg baik dan bagus tp kita masih lagi tidak berterima kasih masih mencari kawan lain dan mengata kawan yg kita punyai itu xbest dan xmasuk kepala padahal nnt lama xda sapa yg nak kawan ngn kita kan dah melepas disitu...alright lah...rasa takat itu bebelan aku untuk kali ini..mungkin pada dikesempatan lain aku akan cuba kupas tajuk yg lebih berkaitan dgn hidup kita....chow...

5 comments:

mohd hairy said...

btui apa yang hang tulih tu quyyum.. kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada.. x kesahla buruk mana atau cantik atau baik kawan kita tu.. kita terima dengan hati yang terbuka.. Allah berfirman “Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengkari nikmatku maka sesungguhnya azabku sangat pedih”(TQS. Ibrahim:7)dan lagi satu untuk renungan kita.. ”Yang paling pandai bersyukur kepada Allah adalah orang yang paling pandai bersyukur kepada Manusia” hadith riwayat Athabrani.. so fikir-fikirkanlah =)

Unknown said...

sebenarnya ketidaksefahaman biasa berlaku diantara kita. tidak kiralah betapa rapatnya kita selama berkawan ataupun ebrhubungan. ini menunjukkan kita masih ada kelemahan di dalam diri kita dan kita patut sedar yang kita ni sebenarnya x sempurna. apa yang kita boleh lakukan ialah dengan mencari jalan penyelesaian terbaik antara kita bersama..

renungkan bersama dan selamat beramal..

Jalak Lenteng said...

sudah menjadi adat manusia..dibelenggu nafsu yg membuatkan kite x pernah sedar pe yg kite ade ni dah cukup...

alihanafiah said...

layankan aja qayyum..tapah2...

QaYYum MieJiFans said...

mmg kita tidak pernah tersedar dan disedar....