Wednesday, October 20, 2010

Bola....


Tahniah dan syabas kepada team ini walaupun sekadar mendapat naib johan tetapi aku sukan dan bangga berada dalam team ini bukan bermakna team lain xbagus la team lain pun banyak yg hebat gak...

Aku suka semangat team ni sebab aku pun berada dalam team ni perlawanan yg best sekali aku rasa ada Final kali ini bebanding tahun sebelum ini walaupun dah ini penyertaan kali namun bg aku edisi kali ini rasa dramatik gila walaupun ketinggalan 3-1 dan kami bermain 10org setelah teamate dibuang padang seawal minit-10 namu semangat tidak luntur hingga mengikat masa penuh dengan 3-3..pemenang ditentukan dgn sepakan penalti namum nasib tidak menyebelahi kami walaupun aku dah save penalti namun apa kan daya pengalaman pihak lawan lebih mantap dalam penalti...huhu..

Apa2 pun best sangat dapat berada dalam team ni....thanks to all supporters yg xjemju turun setiap game kami dan kawan2 lain xlupa juga kepada penganjur yg paling penting kepada saudara MALEK HUSAINI yang memberikan sumbangan utk piala edisi kali ini..chow

Tuesday, October 5, 2010

Makan Biar Puas!

Teh 3 Layer

Otak-Otak Kempas

Mee rebus Haji Wahid


Ayam Penyek

Pecal Lele

Salam,.

Entri lepas aku sebut pasal holiday tetapi kali ni aku nak sebut pasal makan pula sebab memang rutin harian aku xbley lari dari cari port makan yang sedap dan best sekitar JB untuk di cuba biar pun harga mahal janji sedap dan puas hati dengan selera makan aku!

Bab makan ni aku tidak memilih sngat tetapi yg penting tempat makan 2 bersih dan juga selesa kalau xselesa memang taubat xpergi balik tiap2 hari aku akan pening kepala memikirkan tempat mana pula ingin diterokai sebab dah bosan tempat sekitar area maktab tambah2 la plak Medan Selera Cenderawasih 2 aku pun xmengerti mengapa budak2 maktab selalu dan asyik ja makan kt situ tetapi kalau yang xda transport 2 mmg di maafkan la maybe mereka ada sebab2 tersendiri so biarkan mereka dengan hal mereka janji aku dengan cara aku, semakin hari semakin banyak port dan makanan yang pelik aku jumpa untuk dicuba dan dibaham..hehe..

Cuma aku hendak cakap la sikit kalau kita nak try tempat dan port baru dalam bab makan so kita kena spare utk spend duit skit xbyk la lagi plak bukannya rugi ni kita makan masuk dalam perut sendri dan kenyang sendiri xrugi kan?ini ada kala aku terdengar la bunyi yang kurang menyedapkan aloo buat apa pergi makan jauh2 dah la mahal...sedikit pun aku tidak berapa setuju dengan kata2 begini sebab bagi aku kalau bab makan seriusly aku mmg sangat xberkira kalau xda org nak teman aku rela lagi belanja org makan semata-mata nak try tempat baru tp sekali-sekala la kalau selalu tokey balak pun bankrap juga.



So alang-alang dah memang duk tempat 2 apa salah kita terokainya abis-abisan supaya nanti tidak menyesal di kemudian hari sekurannya kalau kita datang lagi orang suruh tunjuk port best2 sekitarnya xda la kita susah sngt nak bagi dan tunjuk dekat org...chow

Friday, October 1, 2010

Holiday..


Salam..

Pergh sejak lepas cuti hari raya baru ini rasa berat ja hati dan malas gila nak belajar....

Dalam kepala otak ni ada satu perkataan keramat iaitu "HOLIDAY"....

Bab berjalan ni mmg bagi aku memang dah sebati dalam jiwa sebab bila balik rumah rasa macam hotel tempat check-in ja balik bila time tidur jela lagi xmengantuk keja nak jalan je xkisah la duit xda pun tetap boleh ja nak pergi mana pun..huhu

Adoi bila time dah kelas masalah masa plak dah xda time langsung nk pergi holiday ni terasa sngt ja nak ponteng lama sebab nak pergi makan angin jauh2 dan tenang...

Rasa macam ank lepak picnic tepi pantai macam zaman kanak2 pun ada gak macam nak naik pesawat pergi jalan jauh2 tengok tempat org kt oversea pun ada tp apakan daya terpaksa tunggu cuti hujung tahun la baru boleh laksanakan....

Rasa nak pergi bercuti kat mana yang seronok ni?tengok dan lihat ikut kata hati rasa nak pergi mana pun boleh time bila free betul2..hehe..insyallah bab kewangan alhamdulilah boleh dibereskan janji dapat cari tempat yang boley rilek dan enjoy tenangkan jiwa bersama keluarga xkisah pun mana2...chow

Tuesday, September 21, 2010

Sentap dan Rentap

Salam..

Wah2 sedar xsedar dah 1bulan 16 hari blog aku kusut ja.....dalam tempoh sebelum banyak sangat benda yang berlaku sampai xlarat nk cerita tp rasa nk cita yg best ja..

Arini baru ja sempat nak update blog yg xbest ni kalau ikutkan hati macam malas dah nak tulis tp rasa rugi la plak kan dah mula mesti la teruskan lagi plak dpt gak kongsi dgn org ramai mcm2 benda..

Lega rasanya,dah lepas praktikal dan juga hari kebesaran orang Islam iaitu HARI RAYA AIDILFITRI..rasanya masih belum terlambat lagi utk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua tidak kira bangsa agama dan budaya walaupun dimana jua anda berada....setelah berjaya menghabis puasa selamat sebulan di bulan Ramadhan kini tiba kita sambut Syawal plak selama sebulan..


Raya tahun ini adalah raya pertama setelah ketiadaan ayahanda tercinta jadi rasa macam sangat xbest la tapi adat hari raya kita mesti gembira apa2 pun kita kena mendoakan selalu kesejahteraan ibubapa kita tidak kira masih hidup ataupun sudah tiada cuma raya ni ada rasa lompong(kosong) sket la nak buat mcm mana jika itu takdir YANG ESA kena redha...


Apapun tahun ni dapat juga jadi chef dan juga maid utk mama tolong sediakan juadah raya dan juga tolong apa yg patot sebab kakak raya umah mentua dia maid plak balik kg ....Ada satu scene yg sentap sket time ari raya time mama tengah bagi duit raya yg sngt banyak adik ajim ada sebut "kalau duit banyak bukan boleh beli ayah balik"..pergh meleleh gak la tp sat ja raya mesti mau epi..alhmdulilah dapat juga p beraya umah kawan2 dan sedara mara.

Tahun ni raya syok abis kalau dapat dengar lagu raya ni..memang fav la...chow

Raihan ft Hujan Salam AidilFitri Ayahanda dan Bonda




Thursday, August 5, 2010

Sindrom Mandrome!


Salam...

Yey dapat tulis juga sket walaupun masih lagi dalam mood sibuk..huuhuu

Ada benda yang nak dikongsi bersama ni,kebelakang ni aku diserang sindrom lemau dan ketiduran yang pelik dan extreme serta tidak pernah terjadi dalam hidup aku sebelum ini mungkinkah disebabkan tekanan kerja yang sangat menggunung serta mengjengkelkan itu..

Ada banyaklah situasi yang hendak dicerita mengenai semua ini...

Boleh bayangkan sejak dua menjak ni aku boleh ja tertidur dalam cinema ketika tgh menonton movie..huhu..bukan sekali tetapi banyak kali la mula dengan Predator,The Sorcerer's Apprentice,Inception,Salt n yg latest The Last Airbender...adoi apa lah yang jadi nih?Paling xbest lagi dekat shopping complex pun aku boleh ketiduran ketika kawan2 sedang memilih pakaian dekat bus-stop pun jadi kerja itu tidak boleh tahan langsung..hahaha,,

Fikir2 balik macam lawak pun ada dahulu xmacam ni pun lpas bila mula pracs ni sindrom ketiduran ni menjadi-jadi alamak kecian kat kawan2 yang keluar ngn aku memang malang la...sowie la saka tidur dah menyerang xbley buat pa la..

Apa pun lepas ni nak bendung lah sindrom ni dengan amalkan pemakanan yang sihat,tidur yang cukup dan mengambil makanan kesihatan tambahan yang dapat recharge balik tenaga yang banyak hilang...

Wong Lo Kat!
!!haha....chow dulu

Wednesday, August 4, 2010

La la World


Maaf sangat sudah lama berabuk kolum ini dan tempat luahan rasa dan pendapat ini..

Seperti tajuk entri di atas saya memang tengah sibuk ya amat tau..

LA LA LA KERJALAH..insyallah lepas dah free im back!

Dalam kesibukan jangan dilupakan seimbangkan dunia akhirat begitu juga makanan rohani dan juga jasmani tidak ditinggalkan..chow

Tuesday, June 29, 2010

Maaf Ya...

Sorry Naik Lori,
Segan P Bagan,
Malu P Ulu,
Tak Dan P Jordan,
Malas Lipat Daun Palas...

Saturday, May 22, 2010

Manusia memang pelik.


Salam..

Entah kenapa 2-3 hari terasa sangat ada segelintir manusia ini sangat pelik sehingga tidak terkata.Bukan apa sekarang ini terasa ramai sangat manusia yang mempunyai penyakit-penyakit hati sebab itulah mereka menjadi sangat pelik.

Ini adalah antara penyakit-penyakit hati yang perlu kita hindarkan dan yang telah berjangkit kepada manusia:

1.HASAD (dengki)

2.TAKBUR (membesar diri)

3.BAKHIL (kedekut)

4.MARAH

5.RIAK

6.TAMAK(haloba)

7.UJUB

8.ASYIQ


Kalau kita dapat hindari penyakit hati ini mungkin kita tidak menjadi manusia yang pelik malah kita akan lebih dekat dengan ALLAH.chow

Thursday, May 20, 2010

Berat Ringan...


Salam..


Tiada apa yang dapat dicoretkan untuk kali hanya perkataan "TANGGUNGJAWAB" selalu berlegar-legar di minda dan juga hati sanubari.


Dari KECIL hingga DEWASA dan sampai ke TUA kita tidak boleh lari dari tanggungjawab tidak kira apa jua masa ataupun tempat cuma yang membezakannya adalah sama ada ia berat atau pun ringan.

Walau macam mana pun kita jangan lari dari tanggungjawab cuba hadapinya dengan tenang dan sabar walaupun kadang2 ia agak sukar diterima namun kita patut berbangga dengan amanah yang diberikan dan melaksanakan denga penuh INTEGRITI.chow


I don't see the point of being a human being if you're not going to be responsible to your fellow human beings. Selfishness thefts away the human and reduces you to just a being.
~Terri Guillemets

Tuesday, May 18, 2010

Speechless



"Surely there is something in the unruffled calm of nature that overawes our little anxieties and doubts; the sight of the deep-blue sky and the clustering stars above seems to impart a quiet to the mind".Jonathan Edwards

Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.Ilmu itu adalah sangat penting bagi saya ia adalah segalanya.Darjat seseorang terletak pada ilmu,akhlak dan juga amalannya.

“Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: “Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata”.
[Surah Ibrahim ayat 11]



Seriously i really need motivation right now and need to help myself!please..

Tuesday, May 4, 2010

Cemburu Baik Jangan Dengki


Salam..

Cemburu itu ada baik juga jangan asyik sifatkan cemburu ini adalah sifat negatif semata.Cemburulah ke arah positif.

Cemburu yang negatif:

i)Cemburukan orang yang mempunyai gf/bf/suami or isteri yang lawa

ii)Cemburukan harta benda dunia atau materialistik

iii)Cemburu tidak kena bertempat.

p/s:tambah saja apa yang patut.


Cemburu yang positif:
i)Cemburu untuk medapatkan ilmu maksudnya kita berlumba-lumba utk mendapatkan ilmu sebnyk yg mungkin
ii)Cemburu dgn amal ibadah kita berusaha utk melakukan byk lagi amal dan ibadat

iii)Cemburu yang boleh membawa kita kearah kebaikan.


Apa2 pun nilai diri sendiri adakah sifat cemburu dalam diri kita banyak kepada positif atau negatif.Chow

Sunday, April 25, 2010

Teruna dan Dara.


Salam..

Aku pun xtahu nk tulis apa sebab dah lama sngt xupdate..

Semalam ada lepak dengan member2 tp aku agak kurang hati dengan sorang membe kepada membe aku nih..dia tgh hangat bercinta tangan xlekang dari hp asyik bergayut 24 jam bukan aku cemburu tp agak2 la kemudahan hp bukan utk bercinta saja tp ada juga utk kegunaan lagi lg pndai2 lah bahagi masa ni time lepak ngn member2 kau sibuk je nk gayut baik xpayah dtg lepak start dari kami mula lepak smpai ja nk abis pun dia masih lagi berbual di HPnya..apa kejadah..Rilek2 sudeh..Naik rimas org sekeliling xpenat ke cakap lama2 xbosan ke dah tiap2 malam?ckp xkering idea ke nk ckp apa?kalau takat kejap xpala ni lama sangat kowt lebih dari bertanya khabar macam xckp sebulan kalau ckp ngn member2 pun xmacam ni..adoyai.manusia2.

Tolonglah jadi teruna dan dara yang baik bukan setakat ini tolong lah fahami konsep taaruf dalam islam jauhilah dari pelbagai zina pandai-pandailah sesuaikan masa dan waktu atau bahagikan ruang2 tersendiri bukan apa takot org sekeliling tidak selesa dgn perbuatan anda tanpa disedari.Chow

Tuesday, April 20, 2010

Cop Mohor


Salam..

Harini dalam sejarah aku sangat terkilan dan kechiwa sket dgn tanggapan orang terhadap aku..seriusly,aku sangat down bila dah kena down depan2 orang xkira walaupun depan member2 sebab aku ni mmg cepat moral down la...huhu..

Cuma ada benda yg aku xbleh terima bila didown oleh seorang sebab dia bukan kenal rapat or betul2 mengenali aku pun tetiba ja nak cop aku maam 2 ja...aku xmarah pun dan aku xpernah kisah sebb mulut orang nk cakap apa diorang punya suka la ada aku nk kisah?

Pada hemah aku,tiada apa2 yg aku buat salah dari sisi undang2 secara am atau khususnya tetapi kenapa aku masih lagi dicop dan digam sebagai geng outlaw padahal aku dah pun join geng protokol sejak bermula sem ni lagi...aku pun xtahu nk buat macam mana lagi nk mengembalikan dan menyakinkan mereka bahawa aku adalah orang yg berprotokol..haha


Rasa2 macam susah je buat ini salah buat itu pun salah so aku macam buat decision malas lah nk pikir pasal org lagi sebab selama nih aku selalu je pikir pasal org tp xbyk pun org pikir pasal aku xpernah pun aku nk harap apa tp ubah la tanggapan negatif kt orang lain jangan asyik pikir diri sendir ja betul dan bagus..cuba bagi peluang dan ruang orang lain buktikan apa yg mereka ingin buktikan..


Sekarang aku macam rasa tidak gunalah aku berubah kepada geng protokol sedangkan aku masih dicop dalam geng outlaw..huhu..dah asyik kena cop benda yg aku xbuat baik je aku buat terus biar puas hati mereka sebab terasa tercabar juga kadang2 tp aku masih berfikiran terbuka dan positif.CHOW!

Monday, April 19, 2010

Beringatlah..


Wahai umat manusia...

Arini nak jadi ustaz sekejap tapi aku timbul kesdaran sendiri dari dalam naluri ni sebab kalau fikirkan balik setiap kejadian mesti ada sebab dan musababnya.Masih kah kau ingat tsunami yg melanda kita?berapa ramai yg terkorban?googlelah sendiri utuk cari info...cuba ingat kembali taufan yang melanda Filipina semua bukannya jauh pun dekat je sekeliling kita kan.

Kenapa masih ramai lagi manusia yg belum sedar bahawa dunia kita hanyalah sementara..aku tulis ni dalam kontaks seorang muslim.

Banyak sungguh kedahsyatan yg berlaku melawan kuasa tuhan iaitu Allah dan juga byk juga perlakuan yg mencabar agama macam mereka tiada agama.

Jadi aku nk sentuh sket bab aurat je ni benda simple ja dalam islam susah sngat ke nk tutup aurat bg laki2 or perempuan...kalau lelaki yg suka pakai seluar pendek 2 bawa2 la insaf pakai je seluar panjang bukan susah pun lagi plak nampak smart juga pakai seluar panjang ni.kalau perempuan plak bawa2 la pkai tudung n baju yg proper n longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuh badan..bukan apa skrg ni xkn lagi kita tidak perasaan dengan amaran Allah Taala dengan menghantar bencana so takat benda asas menjaga aurat adalah keutamaan dahulu sebelum pergi ke bab lain.bukan apa cuma aku rasa geram kadang2 macam trend je nk buka tutup aurat sesuka hati je terutamnya kaum wanita@perempuan.

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Saturday, April 17, 2010

Refreshment and Changing Zone!


Salam..

Minggu ni la 1st time dlm masa 2bln lebih dapat merasai cuti hujung minggu dan kembali semula sebagai seorang student dan tidak lagi bergelar sebagai seorang
"cikgu garang"..haha...Sebenarnya aku sayang gila ngn budak2 sekolah 2 walaupun mereka byk buat aku marah n sakit hati biasala bak kata nan sempit dalam filemnya luar brutal dalam hati ada taman biasala semua lakonan semata-mata utk menyembunyikan diri aku yg sebenarnya agar mereka xdapat pijak kepala lagpun skrg budak2 lemak sngt sebab cikgu pompuan ramai sngt bley je diorg kenakan mcm sampai ada yg nangis kena buli ngn budak tp kalau dengan aku silap banyak la aku plak buat diorg nangis..cukuplah setakat ni aku cerita pasal sekolah sebab mungkin dah bosan pagi petang siang malam pasal sekolah..


Sekarang cita bab aku plak,sebenarnya aku sngat rindu nk balik umah sangat.aku rindukan ayah aku sebab dia kurang sehat baru je keluar hospital ari 2 semua orang balik time dia masuk hospital aku seorg je yg xdapat terasa diri ini sangat bersalah tp apa kan daya sebab terlampau busy ujung minggu penuh dengan bebanan kerja yg melampau.

Perh terasa jeles gila tgk orang yg umah dekat asal ujung minggu je balik rumah memang best la sebab umah diorang dekat lagipun nasib aku la umah dah jauh sngt boleh plak tercampak kt sini tetapi aku macam dah biasala dari sekolah menengah dr f1 lagi dak dok jauh n xselalu balik umah tetapi kekdg datang perasaan pilu 2 sebab ada je benda yg teringin nk buat kt umah 2..xpe apa kan daya kita bukan memilih utk dapat jarak sejauh ini tetapi dah ditentukan so layankan baynak bersabar dan cuba kena buat benda2 yg lagi best so tidak teringat sngt la kt umah kepada orang yg baru nak rasa jarak jauh ni rilek2 sudah sebab dulu mungkin korang dekat2 je ngn umah skrg korang akan lebih mengerti perasaan org yg rumah jauh!

Minggu ni akan bermulah kembali tugasan sebagai seorang student jadi macam2 lah perasaan ada dalam hati sehinggaa ada perasaan malas yg teramat sngt kerana rasa macam sudah selesa dan seronok berada di sekolah lg pun aku bukan jenis org yg dapat fokus lama2 dalam kelas so aku benci sket kelas2 teori yg memakan masa berjam-jam lamanya tetapi terpaksa la menghadapainya jua utk lg beberapa bulan lg..

Sudah lah sampai sini saja kot bebelan aku,bukan apa time2 cmni seronok gila kalau dapat berehat panjang n qada balik apa benda yg xdapat buat time ujung minggu2 yg lepas..chow.

Sunday, April 11, 2010

Saving or Enjoy?



Salam...

Kemusykilan pada topik kali memang selalu menghantui diri kawan dikala waktu berlalu begitu pantas sekali sehinggakan ada membawa sampai ke mimpi tidur...

Bukan apa dari dulu lagi asyik dengan perkataan enjoy n saving nih kira kadang dah muak juga dgn 2 perkataan ni la..

Skrg ni diri kawan tengah mengamati perkataan ini masing2 dengan penuh khusyuk dan bermakna bukan apa kedua-dua pun sngt penting bagi diri penulis cuma skrg penulis rasa diri penulis penuh dengan perkataan enjoy je dari saving bukan apa terasa diri ini masih lagi muda walupun umur dalaman sebenarnya sudah menjangkau 50an...haha

Apa yg korang rasa apabila dengar perkataan nih? mesti memikirkan masa depan..betul x?haha..bunyi ayat yg agak menakutkan di situ kan?kan?

Sebenarnya dua-dua benda ni penting sangat utk diri kita cuma apabila kita enjoy kenalah beringat sama untuk saving bukan apa utk hari kemudian yg kita tidak tahu lagi apa akan jadi tetapi dalam kita saving jangan la lupa kita enjoy utk diri kita juga boleh hilangkan stress bukan apa skrg asal nk enjoy je mesti pakai duit juga itu pasal diri penulis teringat asyik je enjoy bila nk saving nih..haha

Dipendekkan cerita macam ni la kan,ayah kawan pernah berpesan dalam hidup manusia ni kan setiap orang akan merasai rutin yg sama cuma bergantung pada orang itu samada dia dapat buat rutin itu menarik atau pun tidak,lg dia berpesan, skrg diri kawan masih lagi mencari ilmu dan tidak perlu tanggungjawab utk mencari nafkah kepada siapa2 lagi pun time study ni lah nk enjoy kan, bila dah time keja nk enjoy2 dah kurang utk time fikir nk saving plak utk buat future plan la katakan,time ni ayah cakap nk enjoy beli apa pun beli lah daddy sure bg duet tp berpada-pada dalam masa yg sama ingin la juga kena saving juga sket utk latih diri kita berdisplin dlm saving...orait chow dulu..fikirlah la ye yg mana korang asa nk buat,buat lah tapi jgn sampai kedekut dan boros plak.



Saturday, April 10, 2010

Barang Lama..


Salam..

Apa kabar semua?hope sehat selalu la tau..kalau yg xsehat jgn lupa makan ubat toksah dok buat buah keraih xmau makan ubat plak..haha..dah terkeluaq loghat utara plak.

Hari ini gua ingin bercakap pasal barang..bukan apa sekarang macam timbul kesedaran dan sedikit penyesalan dalam diri kerana banyak dah gua buang barang2 lama padahal ada yg still boleh guna..huhu

Sebenarnya,gua rasa barang lama byk kelebihan walaupun lusuh n dah ada barang baru tetapi kekdg barang lama itu lah yang sangat berguna kepada kita contoh macam kasut dan pakaian sampaikan satu masa rasa barang lama 2 lg better n tiada tandingan dengan barang baru..

Apa gua nk tekankan adalah bab kasut kerana byk gile kasut2 lama gua tidak kira kasut kuliah,kasut sukan,kasut jalan or sandal byk yg dah terbuang walaupun still elok tp ada la 2-3 kerat dlm simpanan.bila try2 pakai rasa best sangat n ingat2 balik ada lg yg syok bila letak kt kaki gua berbanding yg baru rasa len macam lah maybe dah serasi sngt.hahaha(kan dah menyesal disitu)..

Xda apa la cuma gua nk cakap kt sni tidak kira barang baru or lama masing2 ada istimewanya dari perspektif pemikiran korang.Paling penting sekali jaga barang baik2 jgn mensia-siakan apa yg ada.

Renungkan

"kita jaga barang kita tidak sama macam orang jaga barang kita"

Saturday, April 3, 2010

Dooonia PencaRooba...

Salam.. Pada saat ini,gua senang hati berehat di bilik sambil surfing oleh disebabkan sudah lama tidak dapat berehat pada hujung minggu terutamanya hari Sabtu cmni.Perh skrg ni lagi byk sngt pengalaman baru gua dapat lpas bercampur dengan dunia dan tempat baru..best2!
So,gua nk cerita sket apa benda yg gua dapat setelah masuk ke sekolah dan kira macam trainning untuk ke alam pekerjaan.Pada fantasinya nampak mcm best skali tp realitinya hampeh tol.Banyak benda yg xsama n xbetul tp apa boleh gua hanyalah golongan bawahan.


Apa yang gua nak cerita ni adalah cerita budak2 sekolah zaman sekarang.jangan expect budak2 sekolah zaman skrg sama mcm kita dulu juga.dulu baik2 n innorcent je bila cikgu cakap apa dan suruh mesti budak2 buat tp sekarang belum tentu lagi tambah plak yg jenis menjawab nakal melampau...apa yg gua nk ckp expektasi semasa mula2 masuk skolah sngt tinggi tp lpas dah lama tiada langsung target sebab rasa xbyk target yg dapat kecuali hanya mendedahkan mereka dgn basis hidup supaya mereka boleh terus berjuang utk hidup.


Banyak sangat benda yg gua rasa memang xkan tercapai namun apa boleh buat kita hanya mengikut arahan yg telah ditetapkan namun gua mencuba utk bg yg terbaik kepada mereka walaupun pedih dan perit kekdg tahap kesabaran gua mencapai dewa tertinggi!

Apa2 gua rasa enjoy gila beb kekdg macam annoying sket ngn keja remeh-temeh dan xpernah berhenti dan dtg bertali-arus cuma gua rasa kecian la la dgn budak2 yg betul utk menuntut ilmu dan mencari apa yg ingin dicari di sekolah..

APA YANG PENTING KITA PERLU LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YG TELAH DIAMANAHKAN SERTA MELETAKKAN NILAI KEMANUSIAAN DIHADAPAN DENGAN MENGENEPIKAN SEDIKIT EGO SERTA WANG HINGGIT.




Wednesday, March 31, 2010

La La World!

Sekarang kawan xdapat update selalu sebab kawan perlu tumpukan pada perkara berikut:

1.SEKOLAH
2.RPH(LESSON PLAN)
3.PORTFOLIO
4.AKTIVITI MENGARUT SEKOLAH


apa2 pun kawan enjoy sangat life macam org kerja ni....part yg paling thrill n challenging skali time pergi sekolah n balik tambah skrg musim hujan lg..hurm kawan2 mmg kena betul2 berhemah..chow nnt dah free kawan tulis lagi..

Friday, March 19, 2010

Lidahku berbicara kembali

First of all,aku rasa sangat happy kebelakangan ini kerana aku rasa enjoy sangat life aku walaupun sibuk mengalahkan menteri walaubagaimanapun setiap suka mesti ada duka dan setiap sedih mesti ada gembira..haha falsafah apa yang aku bawak ni ntahla layankan aje..

Sebenarnya aku menulis kembali bukan apa cuma ada 1 isu yg ingin aku bangkitkan disini yg membelenggu dalam kepada otak dan benak ni...Masalahnya bunyi macam serius tp biasa2 je namun ia perlu diketengahkan agar orang faham maksud aku yg sebenarnya...

Pernah dengar takrifan KEDEKUT?masing2 mesti punya maksud tersendiri dengan benda ini namun bg aku ia adalah satu sifat yg aku xberapa yg berkenaan sebabnya memang aku xberkenan lah senang cakap.aku nak bentang sket pasal kedekut ni dalam kontek dengan kawan2 sebab hari2 aku dengan kawan2...

Xsalah jadi kedekut tp jangan sampai terlampau sangat hinggakan orang rasa xselesa dan benci..kalau nak saving pun jgnla tunjuk kata kita mcm kedekut sngtkan.masing2 punya duit apa yg aku kisah tp sampai nk amik hak org lain xda sapa suruh kan?pernah dengar quote ni duit aku duit duit kau pun duit aku..apa kes?salah tafsiran la jack kalau cakap macam 2 dengan aku...apa salahnya kan sekali sekali kita buat amal jariah bersedekah belanja minum kawan2 xpun ajak2 ayam nk belanja ke itu pun dah sedap dengar setakat seringgit dua xluak pun tambah plak org yg dah berkerjaya..ini lain plak jadi kalau kawan jenis kedekut lpas 2 nk pergunakan orang plak mmg xbley blah lpas 2 bangga saving dia byk pergi mampos la kau dah kau mmg jenis kedek bley la save..haha...kedekut ni xkemana pun nanti xramai kawan lpas 2 nk minta tolong org pun susah sebab apa function nk tolong kan sedang blanja secawan kopi pun xpenah kan...apa2pun jadilah orang sederhana nak kata kedet xla sangat nk kata pemurah pun xjuga biasa2 je...

Renungkan:

"Air segelas kalau xmelimpah ia akan tetap pada takat yang sama tiada beza namun apabila air itu melimpah ia tetap boleh diisi penuh semula silap2 dapat cawan lagi besar"

Saturday, March 6, 2010

Kenapa Sepi?

Perh lamanya masa ku ambil untuk update blog ni maklumlah keterbatasan waktu yg memuncak sekarang apabila dahulu 1 sem 6bln tetapi skrg skrg 1sem disingkatkan kepada 3bln bygkanlah bagaimana aku perlu menghadapi tekanan kerja yg bertimbun 2..berabuklah blog aku nih...haha

takpa biarla berabuk pun xda sapa nk bc pun kan......

Kalau dah ada masa sket so aku pun tulis la sket2 apa yg rasa nk tulis....

Monday, February 15, 2010

Ayah dan Ibu..

Tiada yg lebih mengembirakan dapat melihat muka ibu dan ayah serta dapat lepak dan berborak dengan mereka...yes!cuti ni memamg best dapat bermesra dengan ayah yg tercinta kerana sudah lama tidak dapat meluangkan masa bersama dia...best gile dapat bergurau,bersenda-jenaka yg xbley blah lagi ayah selalu dok buat lawak kelolo dia la...

Apa2 pun ingatlah mereka ini adalah permata yg pertama di dunia ini bagi aku...tidak boleh bygkan suatu hari nnti mereka akan meninggalkan aku di dunia ini namun aku akan berbakti kepada mereka hingga akhir hayatku dan mereka...

Kawan2 jgnla sekali-kali menghmpakan mereka ataupun buat mereka rungsing tentang kita atau buat masalah dgn mereka sebab kalau pikir2 balik mesti kita yg rugi..apa2 yg mereka buat mesti ada hikmahnya jgn asek melawan je..makin besar makin kita dapat menilai kasih-sayang ibu bapa kita..betapa rindunya kita kalau xdpt jumpa diorg..huhu

Kdg2 aku xfaham kenapa org sanggup utk letak parent diorg kt umah org tua2 xpun tinggalkan diorg hidup melara....walhal selama ni diorg kowt yg melahir ataupun membesarkan kita...

Renunglah pepatah ini:

"Seorang ayah dan ibu boleh menjaga berapa ramai anak pun tetapi belum tentu seorang anak dapat menjaga ayah dan ibu mereka"

Thursday, February 11, 2010

Penantian bermula

Pergh betul kata orang bila time belajar rasa nk cepat2 abis tp time keja rasa nk belajar balik..haha..Apa2 pun ada pro n contra tetapi depend la pada individu itu sendiri la kan..setiap orang ada target masing2 dan mereka mesti mahu mencapainya..kita mesti berpadangan hadapan sebab yg ke belakang ni tidak akan mengundur kembali..

Serious aku dah mmg xsabar nk pergi alam pekerjaan sebab dah cemuih dgn dunia belajar ni!asek muka yg sama n tempat yg sama je mau xcemuih bak..teringin gak nk cuba tempat baru yg adventure sket...haha..sedar xsedar dah start praktikal ni kira sebelah langkah dah di alam pekerjaan rasa mcm seronok je walaupun letih n penat tp ia mmg berbeza......nnt anda akan rasa juga kalau dibidang yg sama....

Harap sangat aku dapat mengakhiri penantian in dengan penuh kesabaran dan keimanan walaupun banyak lagi dugaan yg akan ditempuhi akan datang...chow..apa2 pun selalu kena berada di landasan yg betul!chow

Sunday, February 7, 2010

Bangunlah!

BANGSA MELAYU SEMAKIN DITINDAS WALAUPUN BERADA DI BUMI SENDIRI!

Tuesday, February 2, 2010

Tinggallah Januari..


Sekarang masa berlegar begittu pantas tanpa disedari dah masuk buln 2 iaitu februari padahal rasa mcm baru je masuk tahun baru ari 2...dah bulan februari singkat nanti mesti rasa masa makin pantas..apa2 pun kita kena ingat masa tidak menunggu kita tetapi kita yg perlu mengejarnya untuk merealisasikan segala perancangan dengan teratur...


Dalam perancangan tahun baru banyak juga yg terlaksana di bulan januari lepas namun masih byk lg rancangan di bawa dalam bulan ini...insyallah tetapi dapat rasakan cuaca disini semakin panas dan bahang dari pagi sampai ke malam sehingga tido malam berpeluh macam mandi walhal kipas pada tahap optimum..huhu..aktiviti fizikal dilakukan dalam panas terik kira bertambah la gelap kulit yg sedia gelap ini...wooo...


Semalam sempat pergi uptown dan bazaar jb...1st time peg sana walaupun dah lama dok Jb..best juga n byk barang kt sna..ada juga hati ini berkenankan sepasang kasut sukan berjenama Adidas namun hajat itu tidak kesampaian kerana kad
Maybank Visa Cherry telah hilang buat kali ke 3 so xbley la kuar kan duit dah lah semua duit ada dalam 2 cuak juga ingat silap letak kt bilik je tp bila dah balik cari2 xjumpa ingat2 balik mungkin tercicir semasa pngeluaran terakhir malam semalam terus tepon hotline dan batalkan kad tersebut kerana agak bahaya kalau kad 2 hilang org boleh je shopping dgn kad 2 tanpa pin hanya dengan beberapa leretan sahaja dapat mengosongkan akaun simpanan dah dalam 2 byk gile duit....

Arini bergegas la ke Maybank berdekatan dgn harapan nk buat kad baru..hampa lagi apabila Mykad pula mengalami kerosakan apabila cipnya tidak dpat dibaca jadi kena buat ic baru boleh buat kad tersebut..huhuhu..kalau xnk buat ic baru kena buat kad baru di tempat kad itu diisukan gila ke ape?ingat dekat...mmg sedih bak tp boleh je nk kuarkan duit secara manual tp banyak la masa yg terbuang tmbh sekarang sngt bz.....chow

Tuesday, January 26, 2010

Musim Sakit...


Dalam seminggu dah diserang pelbagai penyakit....

Hari isnin keracunan makanan siap cirit-birit dan juga muntah-muntah,jadi aku amik keputusan utk ambil ubat di klinik gomen di sini..ni first time aku g gomen klinik selalu aku pakai panel klinik swasta je so mcm cepat,pergh mmg betul byk kerenah la dan menguji kesabaran klinik gomen ni spt org kata tp kali ni aku rasa sendiri..bayangkan dari pkul 8 aku sampai pkul 1 baru dpt jumpa pembantu perubatan padahal check xsampai 5minit je pun..haish!baru ku tahu kebenarannya bila aku msuk dlm bilik rawatan 2 rupanya pembantu perubatan muda lagi dan umur tua siket je pada aku bley plak ramai lagi pesakit dia dok men YM and FB kt laptop dia ingat aku buta it..nasib baik xamik gmbr je..kalau korg nk tahu cuba peg amik ubat kt sna tengok seyes aku xtipu lambat bak!

Hari Rabu plak aku diserang batu,selsema dan juga demam..adui ujian lagi aku tidak mengeluh cubma aku jarang sakit tp bila sekali sakit mmg teruk sngt la...badan punya xlarat dah la kelas pack macm hape lagi siap byk aktiviti fizikal plak 2....huhuu...last,aku g amik ubat lagi kt klinik swasta je malas nk g gomen lagi biar duit abis tp xsakit hati...dah la sekarang zaman sengkek truk..

biarkan jela janji sihat itu yg paling penting!apa2 pun pesanan kt korang jaga kesihatan baik2 minum air masak byk2 time2 panas jgn minum ais makan pun kena ikut jadual yg ditetapkan,most important pastikan makan yg diambil adalah bersih..chow

Saturday, January 23, 2010

Semakin Ikhlas...

Pertama dan permulaan sekali saya minta maaf sebab lama xupdate blog sebab masalah teknikal melanda lappy tersyg..huhu...

Sekarang kehidupan saya bermula dengan lebih ikhlas berbanding dahulu kerana umur semakin tua semakin matang untuk memikirkan pelbagai benda dan yang paling penting melaukan benda dengan ikhlas kerana Allah dan tiada sangat mengharapkan balasan.


Apa yang penting di sini adalah hidup yang gembira dan bahagia dari pandangan diri sendiri.

Friday, January 8, 2010

Some difficulties...


How is one to live a moral and compassionate existence when one is fully aware of the blood, the horror inherent in life, when one finds darkness not only in one's culture but within oneself?

If there is a stage at which an individual life becomes truly adult, it must be when one grasps the irony in its unfolding and accepts responsibility for a life lived in the midst of such paradox. One must live in the middle of contradiction, because if all contradiction were eliminated at once life would collapse.

There are simply no answers to some of the great pressing questions. You continue to live them out, making your life a worthy expression of leaning into the light.Who can bring that light on my life is only God know but i must be the positive person right now till forever!Throw out the negative from Me!

Monday, January 4, 2010

Mencari tune mood...

Walaupun baru sahaja bermula tahun baru namun masih terbawa banyak perkara yang sama macam tahun lepas tetapi semacam lebih teruk lagi tetapi mungkin ia adalah perasaan dalaman sahaja?

Apabila berfikir kepada masa depan terlalu banyak jadi macam ini la....Qayyum sedarlah bahawa sekarang sudah di tahun 2010 walaupun macam masih terasa susah hendak tulis 2010 dalam buku tetapi realitinya saya memang sudah berpijak di tahun tersebut...

Mood tahun baru bermula dengan agak perlahan dan ada sedikit emo sebab terbawa apa yang berada di tahun lepas....tengah fikirkan cara untuk lupakan perkara yang lepas namun tidak boleh dibuang dalam fikiran kerana ia sering merayau-rayau!

Tetiba terasa hendak ketawa besar sebab kekadang hidup ini macam di dunia fantasi padahal ia adalah realiti mungkin suka mengelamun tidak tentu pasal nih...

Apa pun kita perlu bersyukur pada Allah sebab masih diberikan nikmat hidup dan sehat walaupun kadang2 manusia terlupa dengan nikmat yang diberi ini.Hidup mesti diteruskan tiada apa yang dapat mengubah diri kita melainkan diri sendiri.=)chow..



Sunday, January 3, 2010

Two O one O

Happy New Year!2010.....ini adalah post pertama bagi tahun baru....

SEMOGA TAHUN LEPAS MENJADI PEDOMAN DAN IKTIBAR....

renungkanlah:

intellectual growth should commence at birth and cease only at death( Albert Einstein)