Friday, November 27, 2009

Best wishes...

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua....

Kepada jumaah haji semoga mendapat haji yang mabrur...Selamat melakukan ibadah korban...Semoga mendapat pahala dan keberkatan Insyallah!

Tuesday, November 24, 2009

Sukanya hati...

Sukanya hati aku harini sebab dah lama xpakai jam tetiba plak tangan aku dipakaikan dengan jam baru...wohooo...bestnya tidak terkata..walaupun jam dulu dah ganti tali tapi rasa xbest dah nak pakai kali aku dapat jam hadiah dari seseorang yg sangat baik hati dan dia bg utk kenangan seumur hidup aku..
Mula aku susah sket nk terima sebab pemberian dia ni amat berharga bayangkan dia bagi jam brand ADIDAS original performence 2 aku mmg suka jam sport2 ni sebab aku suka buat aktiviti lasak dan juga buas lompat sana-sini..hehe
Terkejut juga aku tengok tag harga jam 2 tp xbley g tau harga sebenarla tp anggarannya atas rm300 ke atas la..dahsyat tol..designnya sangat cantik dan jam ni ringan gile kalau nk dibandingkan dengan jam dulu jam ni mmg teramat best bila aku dapat jam rasa tido xlena lah...nak tergelak pun ada syahdu pun ada...adoi mcm xcaya ada juga orang nk bg aku hadiah..apa2 pun terima kasih banyak pada individu tersebut..aku suka sngt..moga allah melimpahi rezeki kepada umatnya yg bersyukur..nanti aku upload gmbr jam 2 skali ngn kotak..chow!

Tuesday, November 17, 2009

Dikala sendiri..

Aduss jeles pula aku tgk junior2 yg dah abis xam siap balik awal seminggu daripada aku...

Agak kelakar bunyinya tetapi mmg aku rasa puas duk sni lama2 bosan bak!!!dah la gap exam lama xtau nk buat apa aih!!

Ingat dah abis xam boleh trus blk tp ada pulak program lain kena pergi kursus dekat Desaru plak...hurmm..betul menguji keimanan untuk menjalankan tanggungjawab sebgai seorang student la mcm ni kena layankan aje....]

Dah la raya haji makin dekat ni abis kursus mesti mau terus blk sebab teringin nak sambut hari raya di rumah tp itu pun kalau sempat la dan ada tiket lg raya di jalanan pun best juga kalau xda tiket nk blk la...hehe...xpala apa2 pun semua selamat bercuti dah berehat panajang..pandai2 la gunakan cuti dgn sebaiknya..kepada yg menpunyai cita2 dan impian yg besar teruskanlah..apa pun jaga diri baik..INGAT TUHAN INGAT ORG TERSYG>..chow

Monday, November 16, 2009

Cakap jangan sebarangan.....

Pada post ini,aku minta tolong banyak2 pada semua...

Kalau nk ckp apa2 tolong fikir dulu jangan main hembus jer memang Allah bg mulut untuk bercakap tp pada tempat,masa dan situasi yg betul...

Jangan main cakap tanpa memikirkan sesuatu sebab buruk padahnya...

Lagi satu tolong cakap baik2 dan ikut nada dan intonasi yg betul,situasi keadaan semasa serta pandang kawasan sekeliling dan juga sesuai dengan masyarakat setempat...

Mulut ni bisa sket kalau xjaga boleh bawa gadoh dan ada yg dah mati sebab mulut ni....Jaga hati orang sama jangan main sedap sendiri sahaja...chow




Wednesday, November 11, 2009

Warna darah dan dosa..

Tajuk post kali ini mcm len macam sikit tp best...

Kalau warna darah kita tahu semesti merah tidak kira merah terang gelap or apa janji warna asas adalah merah kecuali saja tiba-tiba ada darah putih kan...

Warna dosa kita tidak tahu apa warnanya?kita hanya tahu pengertiannya tetapi tidak tahu apa bentuknya jadi jangan sekali buat dosa kita kena kumpul pahala walaupun kita tidak tahu macam mana bentuk fizikalnya....

Apapun aku ingin beritahu bahawa apa-apa pun boleh dibawa berunding dan juga berfikiran logikal apa yang boleh di berbincang mesti ada perbincangan dan pendapat dahulu baru boleh diterima..Kenapa perlu untuk cari pasal dengan orang sehingga mengambil jalan darah dan dosa sehingga boleh mengugat hubungan manusia yang telah lama dibina seperti kita mahu mengubah warna darah dan dosa ini....Apa salahnya cuba dulu ada masalah ka?cuba kena pasti dimana salah?

Penting sekali kalau semua guna cara berhemah,waras akal dan juga ambil berat tentang sensitiviti dan juga tahu apa masalah yg dihadapi tiada lagi darah dan dosa...chow

Monday, November 9, 2009

Sudah-sudah pulak....


Pergh arini aku benggang siot hari first aku exam......


Nasib baik boleh jawab la juga tp rilek2 sudeh namun aku benggang sangat orang suka sibuk ni..


Ada masalah ka kalau aku nk rambut panjang dah lagi berapa hari nk cuti lg....diam2 sudeh apsal
nak kena halang dari dok exam aku dah pintal rapi rambut aku ni siap nmpak kemas je padahal mamat depan aku 2 lagi rambut panjang kowt lpas 2 kuku dia pun xpotong eeee xtegur plak.....lebih baik rambut panjang dari kuku panjang....


Lpas ada lagi sepasal aku xbleh blah jenis kawan pinjam duet tp bila dah ada duet xmau bayaq palk.berbulu telinga aku dengar...nak p enjoy2 n makan sedap2 boleh plak tp hutang xmau settle apa ke hal bro?kalau jenis datang terang kt aku xpa ckp kata xda duet btol2 xksah pahamla aku depa nk mkn pun xda duet so aku xkisah la tp yg aku hangin ni jenis berhutang orang lpas nak buat poyo tunjuk2 and buat hebat depan aku..WTF!!!ko pinjam duet aku kowt bukan aku pinjam duet ko kan?dah ada duet xngeti nk bayar ka?


p/s:kepada semua pembaca hutang wajib dijelas kalau tidak kubur tidak terima..priority utama bila ada duet settlekan semua hutang dulu baru boleh lpas nk belanja beli apa blanja awek ka or nak wat hebat ka...PERGI MAMPOSS...ADA AKU KISAH!!



Sunday, November 8, 2009

Profits...

Setiap orang mahukan keuntungan kan?siapa yg tidak mahu untung?

Namun bagi diri aku yg telah banyak kali kerugian aku tidak pernah mengenal erti kerugian bagi aku..itu hanyalah untuk orang yg gagal namun aku terasa ingin coretkan sedikit pengalaman pelaburan yg tiada kaitan dengan wang ringgit ini....

Pelaburan yg aku buat ini adalah berkaitan dengan manusia namun ia telah banyak kali gagal kerana aku yg sering mengagalkannya namun pada terakhir sekali aku yg telah digagalkan oleh orang lain....

Biarkan sajalah kerugian itu pergi tanpa menghantui aku semula kerana ia adalah kerugian yg terbesar sekali dalam hidup dan itulah pertama kali aku membuat pelaburan yang besar dan semakin ghairah aku menmbahkan lagi suntikan baru namun akhirnya kecundang...


Sekarang aku sudah boleh menerima kenyataan bahawa aku tidak akan senang mendapat lagi modal seperti dulu walhal pada masa itu aku senang modal untuk mendapatkan modal.Sekarang aku mula bertapak dan bertatih kepada dalam dunia pelaburan dan perlahan2 aku mengorak langkah untuk memperolehi profits yg sngt besar dalam hidup..Pengalaman yg lepas mengajar aku utnuk tidak tergesa-gesa dan perlu banyak bersama supaya tidak tersilap langkah lagi...chow

Friday, November 6, 2009

Episod Indah....

Indah itu mmg menarik namun ada tetapi disini ada yang kita nampak indah tidak semestinya bagus adakah ini betul??


Kalau hanya dinilai dari segi luaran ia betul mmg nampak sangat indah tetapi kalau kita merasai episod indah dalam diri kita itu sebenarnya tidaklah seindah yg kita lihat...



Namun kita tidak boleh menilai keindahan itu atas dasar luaran sahaja kita perlu merasai episod itu baru mereka boleh menilai adakah ia indah ataupun tidak?



Apa kata cuba dulu baru tahu...chow

Wednesday, November 4, 2009

Adaption........

Sekarang aku dah beransur-ansur faham dengan dunia dan juga diri aku...
Aku dah byk pelajari dari pengalaman lepas dan juga episod-episod drama hidup aku atau babak yang telah memberikan seribu@sejuta erti dalam hidup aku...

Aku dah pelajari banyak benda yg mmg aku xterasa pun nk belajar tp secara kebetulan aku rasa mmg betol2 faham dan juga dah boleh agak macam mana kesudahannya..Jadi sekerang aku dah boleh mengorak langkah dengan sebaik-baik mungkin tanpa menoleh ke belakang semula serta memula episod yang matang serta berfikiran secara matang serta orang dewasa..

Jikalau dahulu lagi aku tersedar dari lamunan tiduran mungkin tiada sesalan dalam hidup ataupun kesudahan yg duka dan lara tetapi ia lumrah bagi manusia untuk sesuai dengan sifat mereka agar tidak tersilap langkah dan mempunyai pengalaman yang berharga...

Walaupun ada certain part yang aku belum kuasai namun aku rasa aku dah boleh gunakan pepatah ini "wahai dunia kalau engkau nak tipu,tipu saja orang lain jangan tipu aku" walaupun pepatah ternampak semacam selfish tetapi sebenarnya ia adalah peringatan untuk diri sendiri supaya lebih berwaspada dala segala hal yang akan mendatang ia dapat memotivasikan diri tanpa sebarang keraguan...

Kita mengumpul pelbagai hasrat tanpa hentinya,namun kita tidak berdaya untuk membina istana tetapi mungkin kita dapat membina pondok ataupun bangsal itu sudah bererti serta mempunyai makna yang tersendiri...dalam apa jua hal aku perlu lebih teliti dan juga perlu membuat kesimpulan yang lebih terbaik datang dari dalam diri tanpa sebarang keraguan yg melampau boleh menyebabkan diri kita berada di persimpangan yang mengelirukan kita...

Bukannya apa jikalau kita tidak mengerti hidup kita sendiri siapa yg boleh mengertikannya untuk kita namun disebalik pengertian tersebut perlulah diselitkan pengajaran yang lebih bermaksud dan mempunyai maksud tertentu serta mempunyai matlamat masa hadapan..Kita perlulah ikut kesesuaian dan juga cuba adapt dengan apa yg kita hadapi walau pun sukar tetapi terpaksa akhirnya kita tetap suka walaupun tidak diberikan pilihan kedua..chow..


Monday, November 2, 2009

Buku Baru...

Arini gelap lah 1 November 2009.....


ada apa dengan tarikh ini...haha..sebenarnya tiada apa2 pun cuma just terasa tarikh ini agak menarik bagi diri aku...


aku sangat seronok dan happy bila ingat tarikh dan juga masa berlalu dengan pantas..kalau boleh ingin sangat aku nk masa ini jalan lagi pantas sebab aku dah xsabar nak habiskan pengajian dan yg paling penting tempat yg aku rasa paling terseksa ni even kekdg rasa best juga...hahaha...YES dan bulan november...