Wednesday, October 7, 2009

Poligon..


Dalam post kali ini,ingat aku coretkan sedikit kekecewaan tentang kepercayaan dan kesetiaan segelintir masih tidak memahami tentang tanggungjawab sebenar dan juga tugas masing dalam hidup ini..disini aku bersifat neutral ada pros dan kontra dan tiada berat sebelah..aku ingin tekankan sedikit dalam bab gender antara lelaki dan perempuan...

Nak memberikan fakta aku xberapa nk reti so aku kaitan dgn cerita la senang...

Ada satu keluarga yang sngt bahagia terdiri dari ayah dan ibu dan juga seorg anak perempuan...mulanya keluarga ini sangat bahagia dan juga saling-memahami antara satu sama lain..Si ayah adalah ahli perniagaan yg berjaya mempunyai byk duit dan ibu pula berkerja dgn kerajaan.namun dah lama2 ada sedikit perubahan antara ibu dan ayah mereka sering bergadoh,selisih-faham kekadang disebabkan hal yg kecil sehingga hal tersebut menjadi besar mereka saling tidak mempercayai antara satu sama lain dan juga oleh disebabkan tawar hati mereka sudah hilang sifat kesetiaan..Maka bermulalah konflik dalam keluarga tersebut.Mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dengan cara yg baik dan berhemah...si Ayah asek balik lewat malam atas urusan kerja sebagai alasan dan si Ibu pula dah makan hati dgn si Ayah maka mereka membuat hal masing-masing tanpa menghiraukan tanggungjawab mereka...Hal keluarga,anak-anak semua diuruskan si Ibu mankala si Ayah hanya memberi bantuan dalam bentuk kewangan saja..Mmg tidak nampak langsung keluarga yg lengkap..Lama kelamaannya masing-masing dah boan dengan hal yg tidak diselesaikan...si Ibu tidak memberikan layanan yg sempurna kepada si Ayah dr segi layanan rumahtangga contohnya makan,minum,pakaian or belaian zahir dan batin .si Ayah pula pun sama juga hanya bg duit saja.


Pada suatu hari,syarikat si Ayah mengalami masalah kewangan dan hampir bankrup tiada siapa yg dapat menolong si Ayah.si Ayah mmg buntu untuk menyelamatkan syarikatnya itu.Maka bermulalah episod yg paling rumit,si Ayah apa lg makan luar mengambil keputusan utk berkahwin lain dengan seorang yg perempuan kaya yg dapat menolongnya dalam masalah kewangan tersebut.si Ayah meminta kebenaran dgn si Ibu,walaupun berat si Ibu membenarkan namun dia memberi juga.Maka si Ayah pun berpoligami dgn gadis itu,masalah kewangan si Ayah dapat diselesaikan tapi sekarang tambah lagi masalah keluarga yang lagi satu iaitu tanggungjawab dan kepercayaan..Si gadis kaya dia tidak menyukai si Ibu suka mengganggu ketenteraman si Ibu namun si Ibu tidak membalasnya hanya berdiam diri sahaja mereka tidak dapat berbaik.Anak si Ibu dan Ayah ini sudah besar dan banyak masanya dgn si Ibu jd mereka menganggap bahawa lelaki kebanyakkan tidak boleh dipercayai oleh disebabkan sikap si Ayah ini.Mereka menanam sikap dendam dan juga hanya menyebelahi si Ibu...(cerita ini tiada kena mengena antara hidup atau pun yang mati hanya utk renungan bersama)


Aku xtau nak habiskan cerita yg direka berkenaan realiti hidup ini so aku stop kt sini just nak bagi gambaran sket2 ja..

So disini mana silapnya?

Dalam hal ini kedua-dua gender telah melakukan kesilapan yg menyebabkan kesan masa hadapan iaitu anakya...


Apa yg dapat dibetulkan disini ialah:


1.Si Ayah dan Si Ibu tiada sefahaman dan tidak cuba berbincang dengan secara berhemah dan mengetahui situasi sebenar dan tidak membesarkan hal yg kecil dan remeh-temeh.



2.Masing mempunyai sifat egois yang sangat tinggi dan tidak mahu mengalah seta degil.


3.Si Ayah kurang menunjukkan sifat kesetiaan dan hanya mementing diri sendiri sebaliknya si Ibu ada juga sifat itu.


4.Si Ibu kurang percaya kepada si Ayah sehinggakan si Ayah bosan dan tidak mahu menyusahkan si Ibu mengambil keputusan berpoligami.



5.Sepatutnya si Ibu mendidik anaknya tidak menyimpan dendam terhadap si Ayah dan membetulkan keadaan terhadap anaknya ini supaya ia tidak terjadi pada anaknya macam dalam keluarga ini.si Anaknya perlu faham dan mengerti hakikat sebenarnya kehidupan dan tidak mengulanginya di masa akan datang.

Tambah je apa yg korang rasa nk tambah aku boleh tgk dr beberapa aspek ni je..

Apapun masalah dalam dunia ini mesti ada cara mengatasinya sama ada baik ataupun buruk.kita yg memilih jalan mana satu yg kita nak gunakan.berfikiran secara rasional,matang,buang ego tinggi,jangan degil.tolak-ansur,kerjasama dan juga paling penting fikirkan kesan masa akan datang jgn terlalu pentngkan diri sendiri..Disamping itu,kita perlukan kepercayaan dan kesetiaan dalam setiap perhubungan.chow

CERITA INI TIADA KENA MENGENA DENGAN SESIAPA YG HIDUP ATAU MATI..DALAM 1000 manusia MUNGKIN ada 100 manusia mcm ini ITU MUNGKIN SECARA KEBETULAN..POST ini BUKAN BERTUJUAN MENGAIBKAN SAPA2 JUST RENUNGAN BERSAMA.INI ADALAH REALITI HIDUP aku .MUNGKIN IA ADA JUGA KAITAN DENGAN HIDUP AKU!!








No comments: