Sunday, April 25, 2010

Teruna dan Dara.


Salam..

Aku pun xtahu nk tulis apa sebab dah lama sngt xupdate..

Semalam ada lepak dengan member2 tp aku agak kurang hati dengan sorang membe kepada membe aku nih..dia tgh hangat bercinta tangan xlekang dari hp asyik bergayut 24 jam bukan aku cemburu tp agak2 la kemudahan hp bukan utk bercinta saja tp ada juga utk kegunaan lagi lg pndai2 lah bahagi masa ni time lepak ngn member2 kau sibuk je nk gayut baik xpayah dtg lepak start dari kami mula lepak smpai ja nk abis pun dia masih lagi berbual di HPnya..apa kejadah..Rilek2 sudeh..Naik rimas org sekeliling xpenat ke cakap lama2 xbosan ke dah tiap2 malam?ckp xkering idea ke nk ckp apa?kalau takat kejap xpala ni lama sangat kowt lebih dari bertanya khabar macam xckp sebulan kalau ckp ngn member2 pun xmacam ni..adoyai.manusia2.

Tolonglah jadi teruna dan dara yang baik bukan setakat ini tolong lah fahami konsep taaruf dalam islam jauhilah dari pelbagai zina pandai-pandailah sesuaikan masa dan waktu atau bahagikan ruang2 tersendiri bukan apa takot org sekeliling tidak selesa dgn perbuatan anda tanpa disedari.Chow

Tuesday, April 20, 2010

Cop Mohor


Salam..

Harini dalam sejarah aku sangat terkilan dan kechiwa sket dgn tanggapan orang terhadap aku..seriusly,aku sangat down bila dah kena down depan2 orang xkira walaupun depan member2 sebab aku ni mmg cepat moral down la...huhu..

Cuma ada benda yg aku xbleh terima bila didown oleh seorang sebab dia bukan kenal rapat or betul2 mengenali aku pun tetiba ja nak cop aku maam 2 ja...aku xmarah pun dan aku xpernah kisah sebb mulut orang nk cakap apa diorang punya suka la ada aku nk kisah?

Pada hemah aku,tiada apa2 yg aku buat salah dari sisi undang2 secara am atau khususnya tetapi kenapa aku masih lagi dicop dan digam sebagai geng outlaw padahal aku dah pun join geng protokol sejak bermula sem ni lagi...aku pun xtahu nk buat macam mana lagi nk mengembalikan dan menyakinkan mereka bahawa aku adalah orang yg berprotokol..haha


Rasa2 macam susah je buat ini salah buat itu pun salah so aku macam buat decision malas lah nk pikir pasal org lagi sebab selama nih aku selalu je pikir pasal org tp xbyk pun org pikir pasal aku xpernah pun aku nk harap apa tp ubah la tanggapan negatif kt orang lain jangan asyik pikir diri sendir ja betul dan bagus..cuba bagi peluang dan ruang orang lain buktikan apa yg mereka ingin buktikan..


Sekarang aku macam rasa tidak gunalah aku berubah kepada geng protokol sedangkan aku masih dicop dalam geng outlaw..huhu..dah asyik kena cop benda yg aku xbuat baik je aku buat terus biar puas hati mereka sebab terasa tercabar juga kadang2 tp aku masih berfikiran terbuka dan positif.CHOW!

Monday, April 19, 2010

Beringatlah..


Wahai umat manusia...

Arini nak jadi ustaz sekejap tapi aku timbul kesdaran sendiri dari dalam naluri ni sebab kalau fikirkan balik setiap kejadian mesti ada sebab dan musababnya.Masih kah kau ingat tsunami yg melanda kita?berapa ramai yg terkorban?googlelah sendiri utuk cari info...cuba ingat kembali taufan yang melanda Filipina semua bukannya jauh pun dekat je sekeliling kita kan.

Kenapa masih ramai lagi manusia yg belum sedar bahawa dunia kita hanyalah sementara..aku tulis ni dalam kontaks seorang muslim.

Banyak sungguh kedahsyatan yg berlaku melawan kuasa tuhan iaitu Allah dan juga byk juga perlakuan yg mencabar agama macam mereka tiada agama.

Jadi aku nk sentuh sket bab aurat je ni benda simple ja dalam islam susah sngat ke nk tutup aurat bg laki2 or perempuan...kalau lelaki yg suka pakai seluar pendek 2 bawa2 la insaf pakai je seluar panjang bukan susah pun lagi plak nampak smart juga pakai seluar panjang ni.kalau perempuan plak bawa2 la pkai tudung n baju yg proper n longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuh badan..bukan apa skrg ni xkn lagi kita tidak perasaan dengan amaran Allah Taala dengan menghantar bencana so takat benda asas menjaga aurat adalah keutamaan dahulu sebelum pergi ke bab lain.bukan apa cuma aku rasa geram kadang2 macam trend je nk buka tutup aurat sesuka hati je terutamnya kaum wanita@perempuan.

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Saturday, April 17, 2010

Refreshment and Changing Zone!


Salam..

Minggu ni la 1st time dlm masa 2bln lebih dapat merasai cuti hujung minggu dan kembali semula sebagai seorang student dan tidak lagi bergelar sebagai seorang
"cikgu garang"..haha...Sebenarnya aku sayang gila ngn budak2 sekolah 2 walaupun mereka byk buat aku marah n sakit hati biasala bak kata nan sempit dalam filemnya luar brutal dalam hati ada taman biasala semua lakonan semata-mata utk menyembunyikan diri aku yg sebenarnya agar mereka xdapat pijak kepala lagpun skrg budak2 lemak sngt sebab cikgu pompuan ramai sngt bley je diorg kenakan mcm sampai ada yg nangis kena buli ngn budak tp kalau dengan aku silap banyak la aku plak buat diorg nangis..cukuplah setakat ni aku cerita pasal sekolah sebab mungkin dah bosan pagi petang siang malam pasal sekolah..


Sekarang cita bab aku plak,sebenarnya aku sngat rindu nk balik umah sangat.aku rindukan ayah aku sebab dia kurang sehat baru je keluar hospital ari 2 semua orang balik time dia masuk hospital aku seorg je yg xdapat terasa diri ini sangat bersalah tp apa kan daya sebab terlampau busy ujung minggu penuh dengan bebanan kerja yg melampau.

Perh terasa jeles gila tgk orang yg umah dekat asal ujung minggu je balik rumah memang best la sebab umah diorang dekat lagipun nasib aku la umah dah jauh sngt boleh plak tercampak kt sini tetapi aku macam dah biasala dari sekolah menengah dr f1 lagi dak dok jauh n xselalu balik umah tetapi kekdg datang perasaan pilu 2 sebab ada je benda yg teringin nk buat kt umah 2..xpe apa kan daya kita bukan memilih utk dapat jarak sejauh ini tetapi dah ditentukan so layankan baynak bersabar dan cuba kena buat benda2 yg lagi best so tidak teringat sngt la kt umah kepada orang yg baru nak rasa jarak jauh ni rilek2 sudah sebab dulu mungkin korang dekat2 je ngn umah skrg korang akan lebih mengerti perasaan org yg rumah jauh!

Minggu ni akan bermulah kembali tugasan sebagai seorang student jadi macam2 lah perasaan ada dalam hati sehinggaa ada perasaan malas yg teramat sngt kerana rasa macam sudah selesa dan seronok berada di sekolah lg pun aku bukan jenis org yg dapat fokus lama2 dalam kelas so aku benci sket kelas2 teori yg memakan masa berjam-jam lamanya tetapi terpaksa la menghadapainya jua utk lg beberapa bulan lg..

Sudah lah sampai sini saja kot bebelan aku,bukan apa time2 cmni seronok gila kalau dapat berehat panjang n qada balik apa benda yg xdapat buat time ujung minggu2 yg lepas..chow.

Sunday, April 11, 2010

Saving or Enjoy?



Salam...

Kemusykilan pada topik kali memang selalu menghantui diri kawan dikala waktu berlalu begitu pantas sekali sehinggakan ada membawa sampai ke mimpi tidur...

Bukan apa dari dulu lagi asyik dengan perkataan enjoy n saving nih kira kadang dah muak juga dgn 2 perkataan ni la..

Skrg ni diri kawan tengah mengamati perkataan ini masing2 dengan penuh khusyuk dan bermakna bukan apa kedua-dua pun sngt penting bagi diri penulis cuma skrg penulis rasa diri penulis penuh dengan perkataan enjoy je dari saving bukan apa terasa diri ini masih lagi muda walupun umur dalaman sebenarnya sudah menjangkau 50an...haha

Apa yg korang rasa apabila dengar perkataan nih? mesti memikirkan masa depan..betul x?haha..bunyi ayat yg agak menakutkan di situ kan?kan?

Sebenarnya dua-dua benda ni penting sangat utk diri kita cuma apabila kita enjoy kenalah beringat sama untuk saving bukan apa utk hari kemudian yg kita tidak tahu lagi apa akan jadi tetapi dalam kita saving jangan la lupa kita enjoy utk diri kita juga boleh hilangkan stress bukan apa skrg asal nk enjoy je mesti pakai duit juga itu pasal diri penulis teringat asyik je enjoy bila nk saving nih..haha

Dipendekkan cerita macam ni la kan,ayah kawan pernah berpesan dalam hidup manusia ni kan setiap orang akan merasai rutin yg sama cuma bergantung pada orang itu samada dia dapat buat rutin itu menarik atau pun tidak,lg dia berpesan, skrg diri kawan masih lagi mencari ilmu dan tidak perlu tanggungjawab utk mencari nafkah kepada siapa2 lagi pun time study ni lah nk enjoy kan, bila dah time keja nk enjoy2 dah kurang utk time fikir nk saving plak utk buat future plan la katakan,time ni ayah cakap nk enjoy beli apa pun beli lah daddy sure bg duet tp berpada-pada dalam masa yg sama ingin la juga kena saving juga sket utk latih diri kita berdisplin dlm saving...orait chow dulu..fikirlah la ye yg mana korang asa nk buat,buat lah tapi jgn sampai kedekut dan boros plak.



Saturday, April 10, 2010

Barang Lama..


Salam..

Apa kabar semua?hope sehat selalu la tau..kalau yg xsehat jgn lupa makan ubat toksah dok buat buah keraih xmau makan ubat plak..haha..dah terkeluaq loghat utara plak.

Hari ini gua ingin bercakap pasal barang..bukan apa sekarang macam timbul kesedaran dan sedikit penyesalan dalam diri kerana banyak dah gua buang barang2 lama padahal ada yg still boleh guna..huhu

Sebenarnya,gua rasa barang lama byk kelebihan walaupun lusuh n dah ada barang baru tetapi kekdg barang lama itu lah yang sangat berguna kepada kita contoh macam kasut dan pakaian sampaikan satu masa rasa barang lama 2 lg better n tiada tandingan dengan barang baru..

Apa gua nk tekankan adalah bab kasut kerana byk gile kasut2 lama gua tidak kira kasut kuliah,kasut sukan,kasut jalan or sandal byk yg dah terbuang walaupun still elok tp ada la 2-3 kerat dlm simpanan.bila try2 pakai rasa best sangat n ingat2 balik ada lg yg syok bila letak kt kaki gua berbanding yg baru rasa len macam lah maybe dah serasi sngt.hahaha(kan dah menyesal disitu)..

Xda apa la cuma gua nk cakap kt sni tidak kira barang baru or lama masing2 ada istimewanya dari perspektif pemikiran korang.Paling penting sekali jaga barang baik2 jgn mensia-siakan apa yg ada.

Renungkan

"kita jaga barang kita tidak sama macam orang jaga barang kita"

Saturday, April 3, 2010

Dooonia PencaRooba...

Salam.. Pada saat ini,gua senang hati berehat di bilik sambil surfing oleh disebabkan sudah lama tidak dapat berehat pada hujung minggu terutamanya hari Sabtu cmni.Perh skrg ni lagi byk sngt pengalaman baru gua dapat lpas bercampur dengan dunia dan tempat baru..best2!
So,gua nk cerita sket apa benda yg gua dapat setelah masuk ke sekolah dan kira macam trainning untuk ke alam pekerjaan.Pada fantasinya nampak mcm best skali tp realitinya hampeh tol.Banyak benda yg xsama n xbetul tp apa boleh gua hanyalah golongan bawahan.


Apa yang gua nak cerita ni adalah cerita budak2 sekolah zaman sekarang.jangan expect budak2 sekolah zaman skrg sama mcm kita dulu juga.dulu baik2 n innorcent je bila cikgu cakap apa dan suruh mesti budak2 buat tp sekarang belum tentu lagi tambah plak yg jenis menjawab nakal melampau...apa yg gua nk ckp expektasi semasa mula2 masuk skolah sngt tinggi tp lpas dah lama tiada langsung target sebab rasa xbyk target yg dapat kecuali hanya mendedahkan mereka dgn basis hidup supaya mereka boleh terus berjuang utk hidup.


Banyak sangat benda yg gua rasa memang xkan tercapai namun apa boleh buat kita hanya mengikut arahan yg telah ditetapkan namun gua mencuba utk bg yg terbaik kepada mereka walaupun pedih dan perit kekdg tahap kesabaran gua mencapai dewa tertinggi!

Apa2 gua rasa enjoy gila beb kekdg macam annoying sket ngn keja remeh-temeh dan xpernah berhenti dan dtg bertali-arus cuma gua rasa kecian la la dgn budak2 yg betul utk menuntut ilmu dan mencari apa yg ingin dicari di sekolah..

APA YANG PENTING KITA PERLU LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YG TELAH DIAMANAHKAN SERTA MELETAKKAN NILAI KEMANUSIAAN DIHADAPAN DENGAN MENGENEPIKAN SEDIKIT EGO SERTA WANG HINGGIT.