Salam sejahtera.........
Kali ni post aku ada kaitan dengan kemasukan elaun.........
BERBELANJA merupakan satu aktiviti kehidupan harian yang berkaitan
langsung dengan aktiviti muamalah sesama manusia. Naluri manusia yang
berkaitan dengan kehidupan kebendaan tidak dapat dipisahkan. Secara
semula jadi, manusia mempunyai naluri sukakan harta dan kekayaan
sebagai memenuhi keperluan dan perhiasan hidup.
Memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum dan pakaian sebagai
sebahagian satu keperluan. Bahkan ia menjadi satu aktiviti ibadah dan
menjadi tuntutan agama agar kita sentiasa mencari kesejahteraan hidup
di dunia dan akhirat.
Dalam memenuhi tuntutan perbelanjaan, syaratnya mestilah betul dan
berniat ikhlas. Berbelanjalah dalam perkara yang halal dan sentiasa
bersyukur agar setiap perbelanjaan yang kita lakukan mendapat
keberkatan.
Tentunya, kita perlu beringat bahawa apabila berbelanja, kita tidak
boleh boros, tamak dan lupa melaksanakan tuntutan ibadah seperti leka
dan meninggalkan sembahyang kerana asyik berurusan membeli-belah.
Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud :
'Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebarlah kamu di muka
bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah'. -
Surah al-Jumaat: 10.
Thursday, July 2, 2009
Jimat cermat bawa berkat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tq 4 de pringatan...semoga kita sama2 sentiasa berhemah dalam berbelanja...jgn wisau cikgu jimat nye...
Belah la Padi..awak memang boros..mana penah jimat..tapi xpe, Padi baik hati..selalu belanja kawan dulu..hohohoh
Post a Comment