Friday, January 9, 2009

Zionis tak berhati perut




PENDUDUK Palestin memindahkan 13 mayat satu keluarga untuk dikebumikan selepas mereka menjadi mangsa serangan Israel di daerah Zeitun.

Kanak-kanak Palestin kebuluran di sebelah mayat ibu

BAITULMAQDIS: Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) semalam menuduh Israel gagal membantu mangsa yang cedera di sebuah kawasan di Gaza apabila menemui empat kanak-kanak terlalu lemah untuk berdiri dan terbaring di sebelah mayat ibu mereka.

ICRC dalam satu kenyataan berkata, kakitangannya dan pekerja Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin kelmarin menemui 12 mayat dan sekurang-kurangnya 19 orang yang masih hidup termasuk beberapa mangsa cedera dan empat kanak-kanak, dalam rumah yang musnah dalam serangan di Zeitun, kira-kira 80 meter dari kedudukan tentera Israel.


Anggota tentera mengarahkan pekerja penyelamat meninggalkan kawasan itu tetapi mereka enggan, menurut kenyataan.

"ICRC percaya tentera Israel gagal memenuhi syarat undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk menjaga dan memindahkan mangsa cedera," menurut kenyataan langsung luar biasa sambil menambah kelewatan dalam membenarkan pasukan penyelamat masuk ke kawasan itu 'tidak boleh diterima.'

Katanya, permintaan untuk memastikan perjalanan selamat bagi ambulans ke Zeitun yang dikemukakan pada 3 Januari lalu cuma diberi kelmarin.

Menceritakan detik ngeri di tempat kejadian yang disaksikan penyelamat pertubuhan itu apabila tiba di kawasan kejiranan berkenaan, ICRC berkata, pasukannya 'menemui empat kanak-kanak bersebelahan mayat ibu mereka di dalam sebuah rumah.

"Mereka terlalu lemah untuk berdiri. Seorang lelaki juga ditemui masih hidup, terlalu lemah untuk berdiri. Ada 12 mayat di atas tilam. Dalam sebuah rumah lain, penyelamat menemui 15 penduduk terselamat, sebahagiannya cedera.

"Di sebuah rumah lain, penyelamat menemui tiga mayat. Tentera Israel yang berada kira-kira 80 meter dari rumah itu mengarahkan penyelamat keluar dari situ tetapi mereka enggan," menurut kenyataan ICRC..

Ketua delegasi ICRC wilayah Israel dan Palestin, Pierre Wettach, menyifatkan kejadian itu mengejutkan.

"Tentera Israel sedar tetapi tidak membantu mangsa yang cedera malah membuatkan keadaan sukar bagi kami atau Bulan Sabit Merah Palestin untuk menyelamat mereka," katanya.

Tentera Israel tidak membincangkan dakwaan itu tetapi tetap mendakwa 'memberi kerjasama kepada pertubuhan bantuan antarabangsa supaya penduduk awam diberi bantuan.'

"Sebarang tuduhan serius yang dibuat terhadap tentera Israel perlu disiasat dengan teliti, sebaik aduan seumpama itu diterima secara rasmi," katanya.

Dalam kejadian lain di Bandaraya Gaza, seorang pegawai bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh apabila tentera Israel menembak trak yang dipandunya.

Jurucakap PBB, Adnan Abu Hasna berkata kejadian itu berlaku ketika tempoh gencatan senjata Israel bagi membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza.

Katanya, agensi bantuan PBB menyelaras penghantaran itu dengan Israel serta trak berkenaan ada tanda bendera badan dunia ketika kejadian.

Tentera Israel berkata, ia sedang menyiasat kejadian berkenaan yang dijangka meningkatkan ketegangan antara badan dunia dengan Israel selepas rejim Zionis itu membedil sekolah PBB awal minggu ini

dipetik dari Berita Harian 9 Januari 2009...

Jadi marilah ramai kita memberi sokongan kepada Palestin xkira dari segala aspek...Membangun bersama Islam...

No comments: