Sunday, May 15, 2011

OH Mei....


Salam...

Apabila sampai sahaja bulan aku terasa diri sangat tua sebab aku lahir dalam bulan mei iaitu bulan 5 dalam kalendar orang putih tetapi tujuan utama bukan nak kupas pasal tarikh lahir aku da.....

Bulan Mei sebenarnya banyak hari peristiwa dan juga event2 yang best berada dalam bulan ini.Fyi kakak aku juga lahir dalam bulan mei iaitu 14 Mei dan adik ajim aku 30 Mei tambah dengan aku 11 Mei jadi 3org lahir dalam bulan ini....

Sudah,kita pergi kepada peristiwa yang ada dalam bulan Mei iaitu 1Mei bermula dengan Hari Buruh,atau nama baik Hari Pekerja diikuti Hari Ibu,Hari Jururawat,Hari Guru yang sinonim dengan diri sendiri dan rakan2 terdekat aku,Peristiwa 13 mei,Penubuhan Umno dan lain-lain lagi aku juga kupas apa yang aku tahu dan ingat kalau semua nak tahu lagi cuba lah 'google tengok sendiri tau".....

Apa2 pun yang pasti setiap bulan ada peristiwa penting bagi setiap individu dan insan itu sendiri bagi aku apabila tiba bulan Mei umur aku semakin tua....

Jadi marilah kita tingkatkan ibadat dan betulkan niat masing-masing bahawa semakin kita tua semakin kita dekat dengan "MATI"..muhasabah diri adakah cukup amalan kita?Banyakah pahala yang kita dapat dan juga dosa yang telah kita lakukan...Mari kita sama-sama berubah ke arah kebaikan..Insyallah..

Friday, May 6, 2011

Al-fatihah


Salam...

Disaat aku menulis catatan pada blog ni pada masa,tarikh dan waktu yang sama tetapi tahun yang berbeza terdengar panggilan telefon dari mama yang sedang menangis kesedihan dan aku sudah pun menjangkakannya........

Pada tarikh keramat ini gelaplah 1tahun ayahda tercinta pergi menghadapi Ilahi buat selamanya dari dunia ini.. Mari kita sama sedekahkah al-Fatihah kepada roh beliau semoga ditempatkan bersama orang beriman dan soleh.Amin

Ayanda adalah ayah yang terbaik.Syukur aku pernah dikurniakan ayah sepertinya dan banyak ilmu yang baik telah ditinggalkan untuk dijadikan pedoman hidup..

Masih lagi ingat pepatah selalu ayah gunakan "Gelas kalau penuh air tidak melimpah silap2 air boleh kering macam itu sja tetapi kalau gelas dia melimpah orang boleh minum insyallah gelas itu akan terisi semula air"

Wednesday, May 4, 2011

Makan jangan sebarang makan..













Salam..


Post kali ni bunyi bab makan..sapa yang xsuka makan betul x?hehehe....tambah2 plak dapat makan free....

Cuma sekarang ni makan jangan sebarang makan kena tengok betul2 samada makanan halal dan menyakinkan untuk di makan...

Kebersihan juga kena tengok kalau masak sendiri amalkan ulang-kali mencuci contohnya beras dan sayur bahaya kalau keracunan...

Sekarang nak kupas sket bab makan di luar kalau bab masak sendiri xpa kita dah tau tahap kebersihan dan juga apa yang di masak oleh kita tiada keraguan dan yakin untuk di makan..

Kalau kita tengok sekarang negara kita diserang fenomena lambakan kedai mamak dan juga kedai makan thai@tomyam yang rata2 mereka adalah rakyat asing yang mencari makan di negara kita .Banyak juga gerai2 yang disebutkan di atas tidak mengamalkan kebersihan dan timbul unsur keraguan terhadap makanan di kedai mereka.

Seterusnya bab ghaib dan alam yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dah banyak cerita aku dengar kalau kedai tomyam yang rata2 penguasaha thai dan india mereka datang ke negara kita bukan dengan tangan kosong tp penuh ilmu di dada ada yang baik dan juga ada yang buruk...

Faktor pemakanan merupakan salah satu faktor terpenting dalam membentuk insan tetapi kalau di cemari dengan benda yang kotor dari segi zahir dan batin memang bahaya.

Ingatan kepada semua makan jangan lupa baca bismillah 3x dan tiup pada makanan yakin pada Allah barulah kita menjamah makanan.