Tuesday, August 2, 2011

Selamat Datang Ramadhan dan Merdeka!



Salam..

Dalam kita tidak sedar sekarang sudah tiba bulan yang mulia iaitu Ramadhan-Al-Mubarak tahun 1432 hijrah.....Rasanya baru sahaja kita melepasi Ramadhan tahun lepas tetapi dalam sekelip mata sahaja Ramadhan tahun ini telah menjelma.Itu bermakna masa semakin pantas dan cepat jadi kita jangan mensia-siakan peluang yang ada untuk mempertingkatkan amalan dan ibadat kita dan juga memperbaiki diri supaya menjadi yang yang lebih soleh dan solehah.

Tanpa kita sedari tahun ini bulan Ramadhan jatuh pula pada bulan Ogos iaitu bulan kita akan menyambut kemerdekaan yang ke-54 ....Wow rupanya sudah tua negara kita ini namun banyak pembaharuan dan juga kemajuan yang dicapaikan oleh negara kita dalam tempoh tersebut,sebagai rakyat Malaysia kita perlu ada rasa tanggungjawab dan jati diri yang kuat untuk tanamkan semangat patriotisme dalam diri dan juga eratkan perpaduan kaum supaya negara kita boleh mengukuhkan keamanan.Janganlah kita hanya ungkapkan pada bibir sahaja namun tiada tindakan atau perbuatan yang menunjukkan semangat perpaduan itu sendiri.

Akhir kata,Selamat berpuasa dan meningkatkan lagi amalan dalam bulan Ramadhan ini kerana pahala lebih berlipat ganda kepada semua umat ISLAM di seluruh dunia dan juga istiqamahkan diri macam bulan puasa juga.Seterusnya,walaupun kita tidak dapat berjuang menuntut kemerdekaan namun kita perlu berjuang untuk mempertahankan keharmonian serta keamanan negara kita iaitu MALAYSIA tercinta.

1 comment:

Hans Hanis said...

Selamat berpuasa, berbuka, bertarawih dan bersahur

thanks follow blog saya