Thursday, August 4, 2011

Hutang dan pemiutang


Salam...

Arini saja nak kupas tajuk yang sudah lama nak tulis tetapi belum tertulis juga...kali ni memang kena tulis bukan apa sebab tajuk ni memang best bros n sis......

Kembali kepada tajuk,siapa yang tidak pernah berhutang betul x?Dalam secara sedar atau tidak sedar mesti ada punya kita berhutang tidak kiralah secara nyata ataupun tersembunyi seperti hutang rumah,kereta,kad kredit dan bermacam-macam lagi namun jikalau hutang yang memang bulan-bulan menjadi komitmen kita untuk membayarnya tidak menjadi masalah...


Disini yang ingin diutarakan adalah hutang yang diminta atau diberikan kepada orang yang memerlukan atau sangat terdesak contoh dalm konteks wang yang difokuskan...Setiap orang mesti merasai susah tetapi adakalanya mesti sampai satu tahap dimana mereka mengecapi senang namun ada segelintir yang tidak mengerti dan faham keperluan dan juga pentingnya untuk menyelesaikan hutang dengan secepat mungkin ada ada juga yang asyik menambahkan lagi hutang walaupun dia merasakan tidak lagi dapat mampu melangsaikan hutang lama..Konsep ini memang salah..Apa2 pun sebelum kita bersenang lenang kita perlu fikir adakah kita masih berhutang dan juga perlu selesaikannya secepat mungkin jangan menimbulkan suatu perasaan tidak puas hati pemiutang di mana mereka merasakan ingin meminta hutang mereka kembali seperti meminta sedekah...


Adakalanya,penghutang boleh hidup senang lenang sperti orang kaya tanpa mereka rasa bersalah tidak selesaikan hutang dan ada pula yang mempunyai tubuh fizikal yang kuat cuma malas bekerja serta tiada inisiatif sendiri untuk memajukan diri asyik tahu meminta hutang saja tanpa memikirkan akibat akan datang....

Apa2 pun kalau boleh hindarilah berhutang berbelanja secara sederhana dan kemampuan serta pastikan konsep hutang itu betul dan memenuhi keperluan dan juga cuba selesaikan hutang dengan secepat mungkin kalau tidak dapat sekali gus ansuran pun dikira usaha untuk selesaikan hutangnya.........Ingatlah semua bahawa hutang satu perkara yang berat dan adalah soalan yang akan ditanya di alam qubur@barzakh.....apabila kita hendak berhutang ingatlah kita kepada MATI..

2 comments:

Fareha Noor said...

ramai ke pemiutang anda? sabar2

QaYYum MieJiFans said...

boleh tahan la tetapi xkisah sngt pun fareha cuma peringatan kepada diri sendiri dan org lain juga...