Monday, January 4, 2010

Mencari tune mood...

Walaupun baru sahaja bermula tahun baru namun masih terbawa banyak perkara yang sama macam tahun lepas tetapi semacam lebih teruk lagi tetapi mungkin ia adalah perasaan dalaman sahaja?

Apabila berfikir kepada masa depan terlalu banyak jadi macam ini la....Qayyum sedarlah bahawa sekarang sudah di tahun 2010 walaupun macam masih terasa susah hendak tulis 2010 dalam buku tetapi realitinya saya memang sudah berpijak di tahun tersebut...

Mood tahun baru bermula dengan agak perlahan dan ada sedikit emo sebab terbawa apa yang berada di tahun lepas....tengah fikirkan cara untuk lupakan perkara yang lepas namun tidak boleh dibuang dalam fikiran kerana ia sering merayau-rayau!

Tetiba terasa hendak ketawa besar sebab kekadang hidup ini macam di dunia fantasi padahal ia adalah realiti mungkin suka mengelamun tidak tentu pasal nih...

Apa pun kita perlu bersyukur pada Allah sebab masih diberikan nikmat hidup dan sehat walaupun kadang2 manusia terlupa dengan nikmat yang diberi ini.Hidup mesti diteruskan tiada apa yang dapat mengubah diri kita melainkan diri sendiri.=)chow..



1 comment:

Unknown said...

yang lepas perlulah dibiarkan berlalu.. percayalah kerana ia memerlukan masa dan berkat kesungguhan yang ada, pasti lembaran baru dapat dibuka dengan seribu kesucian..

anggaplah 2010 satu tahun kehidupan baru yang menjanjikan seribu kegembiraan dalam hidup anda.. lalui hari-hari yang mendatang dengan penuh keikhlasan dan pastinya kau akan mengimbau semula dengan penuh kemanisan..