Saturday, May 22, 2010

Manusia memang pelik.


Salam..

Entah kenapa 2-3 hari terasa sangat ada segelintir manusia ini sangat pelik sehingga tidak terkata.Bukan apa sekarang ini terasa ramai sangat manusia yang mempunyai penyakit-penyakit hati sebab itulah mereka menjadi sangat pelik.

Ini adalah antara penyakit-penyakit hati yang perlu kita hindarkan dan yang telah berjangkit kepada manusia:

1.HASAD (dengki)

2.TAKBUR (membesar diri)

3.BAKHIL (kedekut)

4.MARAH

5.RIAK

6.TAMAK(haloba)

7.UJUB

8.ASYIQ


Kalau kita dapat hindari penyakit hati ini mungkin kita tidak menjadi manusia yang pelik malah kita akan lebih dekat dengan ALLAH.chow

Thursday, May 20, 2010

Berat Ringan...


Salam..


Tiada apa yang dapat dicoretkan untuk kali hanya perkataan "TANGGUNGJAWAB" selalu berlegar-legar di minda dan juga hati sanubari.


Dari KECIL hingga DEWASA dan sampai ke TUA kita tidak boleh lari dari tanggungjawab tidak kira apa jua masa ataupun tempat cuma yang membezakannya adalah sama ada ia berat atau pun ringan.

Walau macam mana pun kita jangan lari dari tanggungjawab cuba hadapinya dengan tenang dan sabar walaupun kadang2 ia agak sukar diterima namun kita patut berbangga dengan amanah yang diberikan dan melaksanakan denga penuh INTEGRITI.chow


I don't see the point of being a human being if you're not going to be responsible to your fellow human beings. Selfishness thefts away the human and reduces you to just a being.
~Terri Guillemets

Tuesday, May 18, 2010

Speechless



"Surely there is something in the unruffled calm of nature that overawes our little anxieties and doubts; the sight of the deep-blue sky and the clustering stars above seems to impart a quiet to the mind".Jonathan Edwards

Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.Ilmu itu adalah sangat penting bagi saya ia adalah segalanya.Darjat seseorang terletak pada ilmu,akhlak dan juga amalannya.

“Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: “Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata”.
[Surah Ibrahim ayat 11]



Seriously i really need motivation right now and need to help myself!please..

Tuesday, May 4, 2010

Cemburu Baik Jangan Dengki


Salam..

Cemburu itu ada baik juga jangan asyik sifatkan cemburu ini adalah sifat negatif semata.Cemburulah ke arah positif.

Cemburu yang negatif:

i)Cemburukan orang yang mempunyai gf/bf/suami or isteri yang lawa

ii)Cemburukan harta benda dunia atau materialistik

iii)Cemburu tidak kena bertempat.

p/s:tambah saja apa yang patut.


Cemburu yang positif:
i)Cemburu untuk medapatkan ilmu maksudnya kita berlumba-lumba utk mendapatkan ilmu sebnyk yg mungkin
ii)Cemburu dgn amal ibadah kita berusaha utk melakukan byk lagi amal dan ibadat

iii)Cemburu yang boleh membawa kita kearah kebaikan.


Apa2 pun nilai diri sendiri adakah sifat cemburu dalam diri kita banyak kepada positif atau negatif.Chow