Wednesday, May 4, 2011

Makan jangan sebarang makan..













Salam..


Post kali ni bunyi bab makan..sapa yang xsuka makan betul x?hehehe....tambah2 plak dapat makan free....

Cuma sekarang ni makan jangan sebarang makan kena tengok betul2 samada makanan halal dan menyakinkan untuk di makan...

Kebersihan juga kena tengok kalau masak sendiri amalkan ulang-kali mencuci contohnya beras dan sayur bahaya kalau keracunan...

Sekarang nak kupas sket bab makan di luar kalau bab masak sendiri xpa kita dah tau tahap kebersihan dan juga apa yang di masak oleh kita tiada keraguan dan yakin untuk di makan..

Kalau kita tengok sekarang negara kita diserang fenomena lambakan kedai mamak dan juga kedai makan thai@tomyam yang rata2 mereka adalah rakyat asing yang mencari makan di negara kita .Banyak juga gerai2 yang disebutkan di atas tidak mengamalkan kebersihan dan timbul unsur keraguan terhadap makanan di kedai mereka.

Seterusnya bab ghaib dan alam yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dah banyak cerita aku dengar kalau kedai tomyam yang rata2 penguasaha thai dan india mereka datang ke negara kita bukan dengan tangan kosong tp penuh ilmu di dada ada yang baik dan juga ada yang buruk...

Faktor pemakanan merupakan salah satu faktor terpenting dalam membentuk insan tetapi kalau di cemari dengan benda yang kotor dari segi zahir dan batin memang bahaya.

Ingatan kepada semua makan jangan lupa baca bismillah 3x dan tiup pada makanan yakin pada Allah barulah kita menjamah makanan.

Monday, April 11, 2011

proposal oh proposal

















Salam...


Please help me............!!!!!!!!!!

Tolong-tolong!!!

Sedar tidak sedar dah tahun akhir aku rupanya....Amboi dulu rasa lama sekarang dah rasa cepat sangat...Yeay dah nak abis ada gembira ada juga sedih ini..

Banyak juga kerja yang belum beres lagi tetapi still ada dalam planner dan juga organiser untuk di langsaikan dengan baik.

Berbalik pada tajuk entry di atas sekarang aku tengak cari tajuk untuk kajian tindakan(AR) dah banyak tajuk jumpa tetapi xsesuai dan kurang menarik minat lagi pula skop untuk penyelidikan kami hanya tertumpu kepada pengajaraan dan pembelajaran sahaja....

Agar sukar disini untuk menimbulkan tajuk yang betul-betul sesuai serta menarik mainat saya tetapi saya katakan amat tertarik dengan "Psikologi" jadi saya tertumpu ke arah motivasi....Tolong bagi pendapat anda.

Sunday, April 3, 2011

Irama itu mengasyikkan...



Kalau aku rasa bosan aku mesti dengar lagu ni sebab apa banyak juga lagu bollywood yg aku suka tp kebanyakkan yg agak lama cmni sebab dia evergreen kalau tanya orang tua pasal cita "BOBBY" confirm depa tau aih....salah satu lagu yang aku sngt minat dah xcemuih nak dengar...Lagu ni juga kegemaran arwah ayah aku..cuba layan tengok dulu.

Tuesday, March 1, 2011

take a break jap..


Salam pergh lama gila rasanya tidak menulis blog almaklumlah sejak-sejak sudah mula berprofession sebagai professional ni banyak sangat keja samapai xdan masa nak tulis blog lagi plak banyak snagat rintangan dan halangan semata-mata nak update blog asyik delay2 last xjadi update..hahaha

Sedar tidak sedar sudah berada di bulan Mac la..cepat betul masa berlalu tanpa kita sedari dulu last update blog ntah bulan berapa memang la rasa macam lama gila tidak menulis sampai xtau nk tulis apa dah ni...apa pun masa telah mendewasa kan kita yang muda sudah jadi tua yang masih mentah sudah menjadi matang dan yang paling penting dalam aspek ilmu bila amkin lama hidup makin banyak ilmu yang kita perolehi dan juga pengalaman itu sebenarnya mendewasakan kita menjadi manusia yang hampir sempurna walaupun kita hanyalah insan biasa.


Tiada apa sangat yang hendak dinukil kan disini cuma mengisi masa lapang yang agak kebosanan dan juga stress yang agak melampau disebabkan kerja bertimbun dan macam2 lagi so far life agak miserable sket tp masih boleh dihandle kan dengan basikal BMX..haha...walaupun susah macam mana n apa saja rintangan di hadapan kita tetap kena tempuh biar pun ia penuh pahit dan jerit akan sampai suatu kita akan rasa lega dengan apa yang kita lakukan sekarang..

Apa yang ingin ditekan adalah dalam coretan kali ini adalah kesederhanaan dalam hidup itu yang selalu diungkap oleh arwah ayah dari kecil hinggalah dewasa dahulu bila masa kecil memang selera besar dalams egala hal nak pakai barang branded,nak itu nak ini dan kita memang senang dapat sebab kita masih kecil dan mempunyai ibubapa kita tidak menghiraukan apa situasi yagn mungkin dihadapi oleh mereka namun apabila kita sudah berada di posisi yang mangkin hampir dengan mereka baru lah kita tahu mengapa kesederhanaan itu penting apa yang ada lebih baik kita menghargai daripada kita mempersoalkannya...


"ISLAM ITU SEDERHANA"............."kalau apa-apa satu pun jangan sangat"-mungkin ada agak kurang faham tetapi inilah warkah ibubapa saya yang selalu mereka katakan...

Friday, January 28, 2011

Yahooo....

Jom balik ke rumah.....rindu sangat kt mama dan watif....pandu selamat jiwa selamat enjoy video ni layan zasss


Monday, January 10, 2011

Keretapi Masih relevan..





Syoknya dapat naik kereta api sebab suka lama xnaik tau dari zaman kecik2 dulu la last sekali masa darjah 6 je ni kembali dapat dan cuba utk naik kereta api ni lagi...

Tanggapan permulaan ingat sapa naik ketapi ni ketinggalan zaman, rupanya ramai lagi peminatnya sebab bila aku naik penuh ja dah tinggal sket2 ja seat yg kosong..hehehe...

skrg naik bas macam bahaya asek xcident sana sini try plak ketapi tp org kata kalau benda nk jadi kt mana2 pun xbley elak...wah2 bermadah pal tp apa pun mmg syok r ketapi ni dapat jalan2 dari ujung depan ke belakang kalau bosan yg best lagi ada toilet mmg jadi pilihan utama warga tua yg nk travel jauh sebab mereka kerap buang air kt toilet yg disediakan(sangat wangi n bersih)

Bg org yg bosan teruk ada plak tempat bley smoking bg yg sanggap teruk lpas 2 dapat kenal ramai org tambah mereka byk yg peramah walaupun ambil masa lama nk sampai destinasi...hehe
..best lagi ada kafe dan boleh lepak2 dan makan anytime ja..

Apa2 pun keretapi masih relevan dan ada peminaat tersendiri namun harapan agar sistem dapat dipertingkatkan supaya menjadi keratapi laju sepeerti di Jepun dan Eropah maka lebih jimat masa dan juga tiketnya masih murah dan mapu utk dibeli chow...KTMB rocks!haha

Friday, January 7, 2011

SelamaT Semua!


Fuh..akhirnya dapat juga update sempena tahun baru ini....lega sudah lama otak berkarat dapat juga conteng sesuatu kt sini...

Walaupun macam dah lama masuk tahun baru tapi saja nk bg mood tahun baru rasa lagi apa2 pun amik keberkatan hari jumaat dengan memulakan penulisan pertama utk tahun ini...

Cuma nak cerita pasal hari Jumaat tadi baru 1st solat Jumaat kt masjid berdekatan umah sewa maklumlah baru masuk umah sewa skrg xmain la duk hostel dah orang halau kita kuar jela hati tenang xpayah sakit2 lagi nk kena marah dan konkong....

kembali peristiwa hari Jumaat bersempena dengan azam tahun baru aku ingin mendekati lagi diri dengan Maha Pencipta dengan lebih dekat dan memohon kemaafan dan bertaubat serta bermuhasabah diri....Sebentar td aku sangat kagum semasa mengambil wuduk terserempak dengan seorang OKU yg mengalami down sindrom tetapi aku perhati dan lihat sejenak beliau bertindak seperti org yg sempurna mana tidaknya aku perhati cara dia mengambil wuduk sangat sempurna dan berdoa selepas itu aku solat di sebelah dia maka terdetik di hati ini bahawa Allah itu maha agung dan adil..Aku hanya insan hina yg kerdil di sisi-Mu...

Apa yg ingin disimpulkan bahawa sedang orang yg xckup sifatnya rajin dan taat serta tertib dalam melakukan ibadat kepada Allah kenapa manusia yg sempurna seperti kia tidak boleh melakukan sedangkan ada yang sempurna tetapi tidak pergi solat Jumaat pun yang seminggu sekali inikan pula solat wajib..masyaALLAH....renungkan lah chow!