Saturday, May 30, 2009

Jangan Pandang Sebelah Mata....


Salam....

Disaat aku menulis post ini aku mungkin dalam keadaan yg sedikit marah dan juga kurang stabil emosi bukan apa cuma aku kurang puas hati dengan manusia yang selalu memikirkan mereka adalah yang paling bagus dan terbaik tiada orang boleh melebihi dan merasakan diri mereka adalah betul.....Jadi aku tergerak hati nk tulis pasal ini......

Aku bukannya nk emosi sngt tp aku agak terasa hati la dengan seorang ni....dia terasa dia bagus sngt dalam ilmu agama memang la aku akui mungkin muka aku ni nampak macam penyangak sket tp jangan pandang sebelah mata la...ilmu bukan terletak pada rupa paras ia terletak pada akal fikiran...jgn ingat engkau baru je belajar agama walhal sebelum bercakap cuba selidiki latar belakang dah cuba2 tune dulu jangan men hembus ja ckp benda yg dia xbpa yakin dan tahu...Jangan la ingat aku ni xtau pasal agama la aku penah belajar n berguru Ustaz dan Sheikh2 yg terkemuka dari f1-f3 di Maahad Mahmud a.k.a MMAS(mungkin korg xbpa knal tp cuba cari kt tnet insyallah akan jumpa), so kalau boleh xtau baik diam dan balik rujuk kitab or tanya orang yg lebih mengetahui jangan dok men buat fatwa sendri bahaya ia boleh memesongkan aqidah seseorang....Bahaya tau kalau bab tauhid n aqidah ni kita xbleh men2 kna belajar n faham btol baru boleh beri pendapat....sedang tok2 guru pun dia xkan keluar dari mulut dia kalau dia xconfirm benda 2 ni ada hamba allah 2 boleh ja men ckap...aku malas nk nk panjang cerita tp tolong watchout ur mouth n think b4 talk kalau bab agama ni...


Ilmu aku tidaklah setinggi mana tp kalau benda2 yg asas jangan la dok gelembong aku sngt...aku dah faham benar...senang aku cakap kalau kita xtau yg basic xpayah nk pikir benda2 yg lagi rumit ia akan merunsing dan memesongkan...Ingat bahawa ilmu yg disampaikan yang baik akan dapat pahala tp kalau ilmu 2 ilmu jahat dan tidak manfaat maka berdosa la seumur idup orang yg ngajarnya....
Islam terdirinyi dari rukun islam yang 5 perkara:
  1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menerima bahawa Tuhan (Allah) itu tunggal dan nabi Muhammad s.a.w itu rasulNya.
  2. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
  3. Membayar zakat - iaitu biasanya 2.5% jumlah simpanan untuk seorang kaya bekerja dalam perdagangan atau industri, dan 10% atau 20% hasilan tahunan untuk para petani. Wang atau hasilan ini dibahagikan di kalangan fakir miskin.
  4. Berpuasa pada bulan Ramadan.
  5. Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu.


Jadi cuba lah mendalami 5perkara ini terdahulu sebelum meneruskan berhujah-berhujah mengenai ilmu yg lebih tinggi....

Thursday, May 28, 2009

Ada Makna Rahsia Tersendiri....


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pertama sekali aku nk jerit kuat2......YAHOO!!! Exam dah abis dan aku xperlu lg nak tekanan dengan study dan benda lain cuma skrg aku tgh penin cmna nak pack barang byk gile barang aku ni muat 1 lori..hahaha...OK sebenarnya aku ada nk kongsi dgn korang sket....Semalam semasa aku tgh men Fb aku sempat chat ngn Kak Sheila n dapat tukar2 lagu dgn dia....Masa dok tgh best2 layan lagu kt playlist aku tetiba aku terclick 1 lagu melayu lama kira rock kapak sket...Lpas 2 aku pun layankan aje mmg terbaik kena ngn jiwa aku sekarang....Aku replay smpai 25x xsilap aku...hohohoho...sebab apa aku dgr byk kali n tgk liriknya macam sesuai je nk describe diri aku sekarang xcaye cuba hayati lyric ni tp kepada org yg fhm jela kepada org yg xfhm mungkin mereka ada makna tersendiri la....ikut individu laaa...ni liriknya....

Cahaya
by Giegiel

Akhir kutemui sinar menerangi

Umpama datangnya bidadari

Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci

Hadirnya ada rahsia tersendiri



Biar arah mengelirukan diri

Biar rebah ke bumi



Tersesat bagaikan tiada bertepi

Ke dasar hanya doa mengiringi

Kabut yang berlari ditinggal begitu

Takkan kudakap seperti dulu



Di sepi malam hanya bertemankan bintang

Hatiku merayu pada-Mu Tuhan Yang Satu

Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui-Mu

Hanya ku berserah padamu Tuhan ku




Hanya pada nama

Hanya satu pintaku

Hanya pada kasih

Kan kuserahkan jiwaku

Hanya pada cinta

Hanya itu janjiku

Hanya pada Satu

Aku imankan jiwaku


Aku merayu pada-Mu Yang Satu

Moga ditempatkan ku bersama cahaya

Seperti mereka

Setia dengan Mu




Kalau yg xda lagu ni cuba donlod n dengar tgk....Perh mmg terbaekk rr.....

Wednesday, May 27, 2009

Restoran Osman Best sngt!!!.....


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah aku menbaca blog joseph aku pun terasa angin semacam ja ngn Pati n pekerja asing ni...da la datang xdiundang lepas nk buat kepala kat negara orang...bleh plak dia nk wat macam negara sendiri...ni yg menyebabkan aku korang puas ati tambahan plak aku dah memang geram lama dengan tempat restoran mapley yg selalu aku g makan tp dah xda pilihan yg terdekat so terpaksa la peg c2....Apa yg aku xpuas ati kt cni restoran 2 mcm c***i ja.....padan muka mmg aku geram sngt....Aku nk senaraikan apa yg aku xpuas ati ni:

1.Cashier dia dah la muka macam ronaldo asek buat muka xpuas ati lpas keja dia kira nak tmbh ja harga makanan org dah makan cthnya mee goreng biasa dia kata tmbah ayam..macam haram..orang makan org tau la..yg aku xbleh lupa dialog dia bila byr "otak2 n kacang?"..muka lapaq penumbuk ja...dah bpa kali kena jerkah ngn aku so skrg xbpa nak berani..dah la ko 2 kuli bukan gaji ko naik pun amik mahal...

2.Harga makanan plak xtetap tiap2 hari boleh berubah nasi lauk ayam standard rm3 bleh nek dalam mendadak sehingga rm4.50..yg xbleh blah worker dia buat mcm pandai gila math congak ngn kepala ja.....hotak dia kalau tekan kalkulator xpe g....dia setiap sejam dtg tgk harga..woi ingat org xbleh bayar ka???mcm laha*** ja...

3.Pekerja dia lagi satu dah la lembap layan mcm hape lg.,minta len smpai len ada yg lg best xsmpai trus..huh...amik oder kononnya mcm ingat je..bila tya semua ada...mmg dia lapaq penerajang la 2...yg klaka sket perkerja kt sna mcm ragam n rupa...ni yg wat aku geli ati sngt ada muka babel,doktor,ronaldo,taufiq hidayat,muka topek tesl c4 pun ada...hahaha..

4.Last sekali,aku paling benci tempat 2 byk sngt org suka pau n org xketahuan lepak kt c2 smpai ada sorg nenek tua atau aku gelarkan dia makcik terminator(sebab dia pgg tongkat)...keja dia pau org je...aku penat sekali kna masa 2 mula2 dia mai kt aku dia kta aku ni cucu dia(bila masa plak) dia siap order milo ais n nasi lauk ayam lepas 2 suh aku byr nasib baik time 2 gua tgh berada..aku pun kcian byr je..lpas 2 dia nk buat lg kt aku xdpt r jek bak kata cikgu padi....gua lari dulu..hahaha

Aku rasa xperlu kowt kita nk lambakkan pekerja asing kt bumi kit ayg tercinta ini..ckup2 la had kan je yg mana2 btol2 nk pakai baru amik yg dah berlebihan dan xda fungsi antar je blik buat semak je...ni macam mat2 indon siap ada forum kutuk malaysia lg bak kata sodex....ok chow

Monday, May 25, 2009

Aku Perlu Pulih Segera...


Salam...

Pada saat dan ketika ini,aku berasa sangat "down",bosan dan sakit.......aku terasa jiwa aku meronta-ronta untuk semua perkara yg aku alami seperti dalam lagu BPR-Airmata Jernih:

Air Mata Jernih
by BPR

Dari airmataku yang jernih

Renunganmu entah di mana

Hembusan bayu membisik engkau rindu...

Kepadaku



Betulkah apa yang kau katakan

Ataupun mainan perasaan

Jiwa yang gelodak yang meronta kesakitan



Aduh... aduh...

Aduh sakitnya jiwa ini

Meronta dalam kepalsuan

Andai aku tahu beginikah oh jadinya



Aku pun tak mahu mengundur diri

Walaupun cubaan menimpa

Ku maish terus lagi iman dilihat

Bukan dari zahir matamu

Serupa walaupun berbeza

Aku pun begini serupa pada satu masa...

Nanti....


Mungkin terlalu banyak tekanan yang aku hadapi salah satunya peperiksaan yang aku rasa macam x exam dan perasaan malas aku lg n terlampau rindu kt umah(aku dah bosan dok cni lama mcm dalam hell)...aku perlu pulih dan sembuh dengan cepat dengan balik umah secepat mungkin lepak ngn membe2 aku buat benda yg best seperti minum muru,layan ahseng,dok al-ameen,p shoppg ngn mak aku(dia dah janji nak blikan sumting untuk aku 4 bufday present..mak aku ja yg boleh faham aku!!!)yg paling penting aku nak makan masakan mak lang aku n berebut n kacau2 awathif...hahaha....Yg paling aku teringin sekali nak p jemputan@makan kenduri or tolong jd mentara...ok xpa aku boleh bersabar lagi cuma tinggal lg bpe hari ja...aku nak cepat tinggalkan tempat ini yg telah menserabut jiwa aku termasuk org2 yg buat hati aku sakit,relai,remuk....aku akan pulih nanti.....chow....

Sunday, May 24, 2009

Lumrah manusia...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Disini aku ingin meluahkan rasa kecewa yg teramat kepada diri aku dan orang kerana aku ini adalah insan yang tidak sempurna selalu melakukan kesilapan dan kekadang timbul rasa riak dan sombong tanpa aku sedari....

Apa yang aku ingin tekankan disini adalah perkataan "lumrah" adalah seperti kebiasaan atau pun adat serta naluri (aku men hentam ja ni kalau nak makna spesifik tgk kamus dewan)....tanpa aku sedari sebenarnya kebanyakkan manusia ini kurang mengenal erti syukur dan juga berterima kasih selalu je tidak berpuas hati dengan apa yg telah ditakdir dan tertulis dalam kamus hidup ini...Mereka hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain selalu bertindak tanpa batasan seorang insan yang bernama manusia.....

Jikalau anda sedari,bahawa apa yang selalu kita dapat kita tidak pernah berpuas hati padahal dalam erti kata lain kita sudah patut bersyukur kerana ada lagi orang yg lebih teruk dan tidak menerima atau dapat apa seperti kita ini...Jikalau sesuatu yang sudah ada di depan mata kita mesti tidak mahu menerimanya dengan hati yang terbuka dan sabar...mereka masih mahu mendongak langit dan menggapai bintang yang pada realitinya memang kita tidak boleh capai pada logikalnya....

aku betul tidak faham apakah perlu kita mencari apa yang tiada seperti peluang yang agak sukar kita perolehi tp padahal kita telah mempunyai pilih yang boleh kita pilih dan berkemungkinan kita boleh berjaya dengan peluang tersebut....Lagi satu kita tidak menghargai dengan apa yg kita ada contohnya dalam perhubungan persahabatan tanpa kita sedari kita sebenarnya telah mempunyai sahabat atau kawan2 yg baik dan bagus tp kita masih lagi tidak berterima kasih masih mencari kawan lain dan mengata kawan yg kita punyai itu xbest dan xmasuk kepala padahal nnt lama xda sapa yg nak kawan ngn kita kan dah melepas disitu...alright lah...rasa takat itu bebelan aku untuk kali ini..mungkin pada dikesempatan lain aku akan cuba kupas tajuk yg lebih berkaitan dgn hidup kita....chow...

Friday, May 22, 2009

T.O.Y.O.L


Salam Bicara...

Apakah itu toyol?mungkin mungkin kawan2 sudah mengetahui apakah itu toyol dan juga maksud tersendiri pada asalnya..haha....

Apa yg saya maksud kan toyol disini adalah kertas-kertas kecil yg terdapat tulisan atau cetakan kecil yg boleh disimpan dan muncul di mana-mana samada di dalam tandas,tepi longkang,bawah tanah,dalam stokin,kotak pencil,dalam poket dan sebagainya....

Kehadiran toyol itu adalah salah satu cara untuk menolong dalam peperiksaan...toyol ini perlu diseru dan disimpan dengan baik supaya tidak kantoi dengan pengawas...haha..Pakar2 ilmu misteri menyata kehadiran toyol tidak dapat disangkal lagi kerana ia ada kebaikan dan keburukan...

Dari segi baiknya,dapat membantu para pelajar untuk menjawab peperiksaan dan mengingati benda yg dah lupa dan buruknya ia akan selalu lg muncul di dewan atau kesan peperiksaan serta tidak serik lagi apabila telah menyeru toyol ini...

Apa2 pun moralnya jangan la meniru semasa peperiksaan....usaha tangga kejayaan kalau dah baca xbleh jawap tawakal je...chow

Tuesday, May 19, 2009

Pengurusan Lemah Bak....

Ajar kami menjadi orang yg Baik bukan menjadi hamba@Gurkha orang yang mencari Nama..Merperjudikan Diri orang lain Untuk Kesenangan Diri...

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.... Hari ini adalah hari 1st aku xam....alhamdulilah berkat doa dan usaha aku dapat menjawab dengan baik tp xtau la btol ke x...janji dapat jawab...hehehe..tujuan aku post ni bukan nk describe pasal mcm exam ni....aku cuma nk komen pasal Pentadbiran Ujian yg diuruskan oleh Kolej aku ni...memang aku amat kecewa sekali...da lama aku geram tp aku malas nk komen apa pasal pengurusan dan pentadbiran tempat aku belajar aku sabar je byk2 dan layankan aje....

Aku nak cerita kronologi untuk exam kali mmg serabut gila dan la nampak xorganize langsung sedangkan kita dalam bidang professional....Kononya nak lahirkan guru yg bagus dan perfect padahal sejak aku dok cni aku belajar bukan kelebihan tp aku nampak n belajar tentang kebodohan semua org terutamanya dari orang atas sampai la bawah....


Untuk kali aku rasa nak tulis pasal xam ja malas nk komen pasal lain nant la aku buat tajuk post lain....aku paling geram sehari sebelum xam boleh plak wat sambutan yg melibatkan semua org padahal nanti lpas exam byk masa lg blum cuti lg sempat xpun wat time cuti ni time2 orang nk exam ni kalut je dia nk wat smbutan mcm2..benggang r budak2 tambah kecian kt budak2 yg kna organize semua bnda yg dapat nama org atas..memang realiti kt cni mcm 2 yg penat2 wat keja student or pelajar yg bertungkus-lumus,penat,lelah bukan diberi elaun tambahan pun tp yg di atas dan pertengahan dapat nama...asek nak nma je penting sngt ka.???harapkan nama kt atas je wangi tp dapat di dalam busuk n barai wat pa...xdpt smpai objektif pun patut jaga kebajikan sket dan paling penting utamakan apa yg penting dulu...


exam ni kalau fail da kena repeat da malu plak kcian kt dak2 yg dok jauh kna dtg cni blk padahal xda masa nk study asek penuh ngn aktiviti yg inginkan nama...apakah itu adil??ok..cukup aku xpuas ati lg 1 bleh plak slip peperiksaan dpat sehari sebelum xam jadual pun dapat macam 2 juga..terkapai la budak2 dah la jadual mcm lahanat xbriefing yg tepat2 exam apa yg diambil oleh opsyen masing2 tidak kira luaran atau dalam yg paling kecian budak2 yg xcukup jam dapat slip lg lewat kalau xnk bg amik xam pun ckp je awal2 ni nk wat trick nk kna wat surat utk penjamin la padahal boleh wat awal lg so setiausaha peperiksaan buat pe selama ni tiap2 hari ada exam ka??aku mmg betol2 xpuas ati asek kata dak2 dapat elaun buta tp korg dpt gaji buta ka???yg xbest siap xbleh guna dewan tau la tp cuba organize elok2 ni guna kelas meja susun sendiri kna lekat sticker sendiri xksah sngt tp xda org pantau pun xda rasa x exam langsung hambar je.....pikir2 kan la konon nak lahirkan insan minda kelas pertama tp kami dilayan macam insan kelas ketiga kenapa perlu ada gap.....buat 1 perkara biar ikhlas xpayah cari nama kalau xbleh buat xpyh nk berlakon boleh buat nanti org len yg susah...chow