Fuh..akhirnya dapat juga update sempena tahun baru ini....lega sudah lama otak berkarat dapat juga conteng sesuatu kt sini...
Walaupun macam dah lama masuk tahun baru tapi saja nk bg mood tahun baru rasa lagi apa2 pun amik keberkatan hari jumaat dengan memulakan penulisan pertama utk tahun ini...
Cuma nak cerita pasal hari Jumaat tadi baru 1st solat Jumaat kt masjid berdekatan umah sewa maklumlah baru masuk umah sewa skrg xmain la duk hostel dah orang halau kita kuar jela hati tenang xpayah sakit2 lagi nk kena marah dan konkong....
kembali peristiwa hari Jumaat bersempena dengan azam tahun baru aku ingin mendekati lagi diri dengan Maha Pencipta dengan lebih dekat dan memohon kemaafan dan bertaubat serta bermuhasabah diri....Sebentar td aku sangat kagum semasa mengambil wuduk terserempak dengan seorang OKU yg mengalami down sindrom tetapi aku perhati dan lihat sejenak beliau bertindak seperti org yg sempurna mana tidaknya aku perhati cara dia mengambil wuduk sangat sempurna dan berdoa selepas itu aku solat di sebelah dia maka terdetik di hati ini bahawa Allah itu maha agung dan adil..Aku hanya insan hina yg kerdil di sisi-Mu...
Apa yg ingin disimpulkan bahawa sedang orang yg xckup sifatnya rajin dan taat serta tertib dalam melakukan ibadat kepada Allah kenapa manusia yg sempurna seperti kia tidak boleh melakukan sedangkan ada yang sempurna tetapi tidak pergi solat Jumaat pun yang seminggu sekali inikan pula solat wajib..masyaALLAH....renungkan lah chow!
Tahniah dan syabas kepada team ini walaupun sekadar mendapat naib johan tetapi aku sukan dan bangga berada dalam team ini bukan bermakna team lain xbagus la team lain pun banyak yg hebat gak...
Aku suka semangat team ni sebab aku pun berada dalam team ni perlawanan yg best sekali aku rasa ada Final kali ini bebanding tahun sebelum ini walaupun dah ini penyertaan kali namun bg aku edisi kali ini rasa dramatik gila walaupun ketinggalan 3-1 dan kami bermain 10org setelah teamate dibuang padang seawal minit-10 namu semangat tidak luntur hingga mengikat masa penuh dengan 3-3..pemenang ditentukan dgn sepakan penalti namum nasib tidak menyebelahi kami walaupun aku dah save penalti namun apa kan daya pengalaman pihak lawan lebih mantap dalam penalti...huhu..
Apa2 pun best sangat dapat berada dalam team ni....thanks to all supporters yg xjemju turun setiap game kami dan kawan2 lain xlupa juga kepada penganjur yg paling penting kepada saudara MALEK HUSAINI yang memberikan sumbangan utk piala edisi kali ini..chow
Entri lepas aku sebut pasal holiday tetapi kali ni aku nak sebut pasal makan pula sebab memang rutin harian aku xbley lari dari cari port makan yang sedap dan best sekitar JB untuk di cuba biar pun harga mahal janji sedap dan puas hati dengan selera makan aku!
Bab makan ni aku tidak memilih sngat tetapi yg penting tempat makan 2 bersih dan juga selesa kalau xselesa memang taubat xpergi balik tiap2 hari aku akan pening kepala memikirkan tempat mana pula ingin diterokai sebab dah bosan tempat sekitar area maktab tambah2 la plak Medan Selera Cenderawasih 2 aku pun xmengerti mengapa budak2 maktab selalu dan asyik ja makan kt situ tetapi kalau yang xda transport 2 mmg di maafkan la maybe mereka ada sebab2 tersendiri so biarkan mereka dengan hal mereka janji aku dengan cara aku, semakin hari semakin banyak port dan makanan yang pelik aku jumpa untuk dicuba dan dibaham..hehe.. Cuma aku hendak cakap la sikit kalau kita nak try tempat dan port baru dalam bab makan so kita kena spare utk spend duit skit xbyk la lagi plak bukannya rugi ni kita makan masuk dalam perut sendri dan kenyang sendiri xrugi kan?ini ada kala aku terdengar la bunyi yang kurang menyedapkan aloo buat apa pergi makan jauh2 dah la mahal...sedikit pun aku tidak berapa setuju dengan kata2 begini sebab bagi aku kalau bab makan seriusly aku mmg sangat xberkira kalau xda org nak teman aku rela lagi belanja org makan semata-mata nak try tempat baru tp sekali-sekala la kalau selalu tokey balak pun bankrap juga.
So alang-alang dah memang duk tempat 2 apa salah kita terokainya abis-abisan supaya nanti tidak menyesal di kemudian hari sekurannya kalau kita datang lagi orang suruh tunjuk port best2 sekitarnya xda la kita susah sngt nak bagi dan tunjuk dekat org...chow
Pergh sejak lepas cuti hari raya baru ini rasa berat ja hati dan malas gila nak belajar....
Dalam kepala otak ni ada satu perkataan keramat iaitu"HOLIDAY"....
Bab berjalan ni mmg bagi aku memang dah sebati dalam jiwa sebab bila balik rumah rasa macam hotel tempat check-in ja balik bila time tidur jela lagi xmengantuk keja nak jalan je xkisah la duit xda pun tetap boleh ja nak pergi mana pun..huhu
Adoi bila time dah kelas masalah masa plak dah xda time langsung nk pergi holiday ni terasa sngt ja nak ponteng lama sebab nak pergi makan angin jauh2 dan tenang...
Rasa macam ank lepak picnic tepi pantai macam zaman kanak2 pun ada gak macam nak naik pesawat pergi jalan jauh2 tengok tempat org kt oversea pun ada tp apakan daya terpaksa tunggu cuti hujung tahun la baru boleh laksanakan....
Rasa nak pergi bercuti kat mana yang seronok ni?tengok dan lihat ikut kata hati rasa nak pergi mana pun boleh time bila free betul2..hehe..insyallah bab kewangan alhamdulilah boleh dibereskan janji dapat cari tempat yang boley rilek dan enjoy tenangkan jiwa bersama keluarga xkisah pun mana2...chow
Wah2 sedar xsedar dah 1bulan 16 hari blog aku kusut ja.....dalam tempoh sebelum banyak sangat benda yang berlaku sampai xlarat nk cerita tp rasa nk cita yg best ja..
Arini baru ja sempat nak update blog yg xbest ni kalau ikutkan hati macam malas dah nak tulis tp rasa rugi la plak kan dah mula mesti la teruskan lagi plak dpt gak kongsi dgn org ramai mcm2 benda..
Lega rasanya,dah lepas praktikal dan juga hari kebesaran orang Islam iaituHARI RAYA AIDILFITRI..rasanya masih belum terlambat lagi utk ucapkanSELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATINkepada semua tidak kira bangsa agama dan budaya walaupun dimana jua anda berada....setelah berjaya menghabis puasa selamat sebulan di bulan Ramadhan kini tiba kita sambut Syawal plak selama sebulan..
Raya tahun ini adalah raya pertama setelah ketiadaan ayahanda tercinta jadi rasa macam sangat xbest la tapi adat hari raya kita mesti gembira apa2 pun kita kena mendoakan selalu kesejahteraan ibubapa kita tidak kira masih hidup ataupun sudah tiada cuma raya ni ada rasa lompong(kosong) sket la nak buat mcm mana jika itu takdirYANG ESA kena redha...
Apapun tahun ni dapat juga jadi chef dan juga maid utk mama tolong sediakan juadah raya dan juga tolong apa yg patot sebab kakak raya umah mentua dia maid plak balik kg ....Ada satu scene yg sentap sket time ari raya time mama tengah bagi duit raya yg sngt banyak adik ajim ada sebut "kalau duit banyak bukan boleh beli ayah balik"..pergh meleleh gak la tp sat ja raya mesti mau epi..alhmdulilah dapat juga p beraya umah kawan2 dan sedara mara.
Tahun ni raya syok abis kalau dapat dengar lagu raya ni..memang fav la...chow
Raihan ft Hujan Salam AidilFitri Ayahanda dan Bonda
Yey dapat tulis juga sket walaupun masih lagi dalam mood sibuk..huuhuu
Ada benda yang nak dikongsi bersama ni,kebelakang ni aku diserang sindrom lemau dan ketiduran yang pelik dan extremeserta tidak pernah terjadi dalam hidup aku sebelum ini mungkinkah disebabkan tekanan kerja yang sangat menggunung serta mengjengkelkan itu..
Ada banyaklah situasi yang hendak dicerita mengenai semua ini...
Boleh bayangkan sejak dua menjak ni aku boleh ja tertidur dalam cinema ketika tgh menonton movie..huhu..bukan sekali tetapi banyak kali la mula dengan Predator,The Sorcerer's Apprentice,Inception,Salt n yg latest The Last Airbender...adoi apa lah yang jadi nih?Paling xbest lagi dekat shopping complex pun aku boleh ketiduran ketika kawan2 sedang memilih pakaian dekat bus-stop pun jadi kerja itu tidak boleh tahan langsung..hahaha,,
Fikir2 balik macam lawak pun ada dahulu xmacam ni pun lpas bila mula pracs ni sindrom ketiduran ni menjadi-jadi alamak kecian kat kawan2 yang keluar ngn aku memang malang la...sowie la saka tidur dah menyerang xbley buat pa la..
Apa pun lepas ni nak bendung lah sindrom ni dengan amalkan pemakanan yang sihat,tidur yang cukup dan mengambil makanan kesihatan tambahan yang dapat recharge balik tenaga yang banyak hilang...