Thursday, May 20, 2010

Berat Ringan...


Salam..


Tiada apa yang dapat dicoretkan untuk kali hanya perkataan "TANGGUNGJAWAB" selalu berlegar-legar di minda dan juga hati sanubari.


Dari KECIL hingga DEWASA dan sampai ke TUA kita tidak boleh lari dari tanggungjawab tidak kira apa jua masa ataupun tempat cuma yang membezakannya adalah sama ada ia berat atau pun ringan.

Walau macam mana pun kita jangan lari dari tanggungjawab cuba hadapinya dengan tenang dan sabar walaupun kadang2 ia agak sukar diterima namun kita patut berbangga dengan amanah yang diberikan dan melaksanakan denga penuh INTEGRITI.chow


I don't see the point of being a human being if you're not going to be responsible to your fellow human beings. Selfishness thefts away the human and reduces you to just a being.
~Terri Guillemets

Tuesday, May 18, 2010

Speechless



"Surely there is something in the unruffled calm of nature that overawes our little anxieties and doubts; the sight of the deep-blue sky and the clustering stars above seems to impart a quiet to the mind".Jonathan Edwards

Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.Ilmu itu adalah sangat penting bagi saya ia adalah segalanya.Darjat seseorang terletak pada ilmu,akhlak dan juga amalannya.

“Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: “Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata”.
[Surah Ibrahim ayat 11]



Seriously i really need motivation right now and need to help myself!please..

Tuesday, May 4, 2010

Cemburu Baik Jangan Dengki


Salam..

Cemburu itu ada baik juga jangan asyik sifatkan cemburu ini adalah sifat negatif semata.Cemburulah ke arah positif.

Cemburu yang negatif:

i)Cemburukan orang yang mempunyai gf/bf/suami or isteri yang lawa

ii)Cemburukan harta benda dunia atau materialistik

iii)Cemburu tidak kena bertempat.

p/s:tambah saja apa yang patut.


Cemburu yang positif:
i)Cemburu untuk medapatkan ilmu maksudnya kita berlumba-lumba utk mendapatkan ilmu sebnyk yg mungkin
ii)Cemburu dgn amal ibadah kita berusaha utk melakukan byk lagi amal dan ibadat

iii)Cemburu yang boleh membawa kita kearah kebaikan.


Apa2 pun nilai diri sendiri adakah sifat cemburu dalam diri kita banyak kepada positif atau negatif.Chow

Sunday, April 25, 2010

Teruna dan Dara.


Salam..

Aku pun xtahu nk tulis apa sebab dah lama sngt xupdate..

Semalam ada lepak dengan member2 tp aku agak kurang hati dengan sorang membe kepada membe aku nih..dia tgh hangat bercinta tangan xlekang dari hp asyik bergayut 24 jam bukan aku cemburu tp agak2 la kemudahan hp bukan utk bercinta saja tp ada juga utk kegunaan lagi lg pndai2 lah bahagi masa ni time lepak ngn member2 kau sibuk je nk gayut baik xpayah dtg lepak start dari kami mula lepak smpai ja nk abis pun dia masih lagi berbual di HPnya..apa kejadah..Rilek2 sudeh..Naik rimas org sekeliling xpenat ke cakap lama2 xbosan ke dah tiap2 malam?ckp xkering idea ke nk ckp apa?kalau takat kejap xpala ni lama sangat kowt lebih dari bertanya khabar macam xckp sebulan kalau ckp ngn member2 pun xmacam ni..adoyai.manusia2.

Tolonglah jadi teruna dan dara yang baik bukan setakat ini tolong lah fahami konsep taaruf dalam islam jauhilah dari pelbagai zina pandai-pandailah sesuaikan masa dan waktu atau bahagikan ruang2 tersendiri bukan apa takot org sekeliling tidak selesa dgn perbuatan anda tanpa disedari.Chow

Tuesday, April 20, 2010

Cop Mohor


Salam..

Harini dalam sejarah aku sangat terkilan dan kechiwa sket dgn tanggapan orang terhadap aku..seriusly,aku sangat down bila dah kena down depan2 orang xkira walaupun depan member2 sebab aku ni mmg cepat moral down la...huhu..

Cuma ada benda yg aku xbleh terima bila didown oleh seorang sebab dia bukan kenal rapat or betul2 mengenali aku pun tetiba ja nak cop aku maam 2 ja...aku xmarah pun dan aku xpernah kisah sebb mulut orang nk cakap apa diorang punya suka la ada aku nk kisah?

Pada hemah aku,tiada apa2 yg aku buat salah dari sisi undang2 secara am atau khususnya tetapi kenapa aku masih lagi dicop dan digam sebagai geng outlaw padahal aku dah pun join geng protokol sejak bermula sem ni lagi...aku pun xtahu nk buat macam mana lagi nk mengembalikan dan menyakinkan mereka bahawa aku adalah orang yg berprotokol..haha


Rasa2 macam susah je buat ini salah buat itu pun salah so aku macam buat decision malas lah nk pikir pasal org lagi sebab selama nih aku selalu je pikir pasal org tp xbyk pun org pikir pasal aku xpernah pun aku nk harap apa tp ubah la tanggapan negatif kt orang lain jangan asyik pikir diri sendir ja betul dan bagus..cuba bagi peluang dan ruang orang lain buktikan apa yg mereka ingin buktikan..


Sekarang aku macam rasa tidak gunalah aku berubah kepada geng protokol sedangkan aku masih dicop dalam geng outlaw..huhu..dah asyik kena cop benda yg aku xbuat baik je aku buat terus biar puas hati mereka sebab terasa tercabar juga kadang2 tp aku masih berfikiran terbuka dan positif.CHOW!

Monday, April 19, 2010

Beringatlah..


Wahai umat manusia...

Arini nak jadi ustaz sekejap tapi aku timbul kesdaran sendiri dari dalam naluri ni sebab kalau fikirkan balik setiap kejadian mesti ada sebab dan musababnya.Masih kah kau ingat tsunami yg melanda kita?berapa ramai yg terkorban?googlelah sendiri utuk cari info...cuba ingat kembali taufan yang melanda Filipina semua bukannya jauh pun dekat je sekeliling kita kan.

Kenapa masih ramai lagi manusia yg belum sedar bahawa dunia kita hanyalah sementara..aku tulis ni dalam kontaks seorang muslim.

Banyak sungguh kedahsyatan yg berlaku melawan kuasa tuhan iaitu Allah dan juga byk juga perlakuan yg mencabar agama macam mereka tiada agama.

Jadi aku nk sentuh sket bab aurat je ni benda simple ja dalam islam susah sngat ke nk tutup aurat bg laki2 or perempuan...kalau lelaki yg suka pakai seluar pendek 2 bawa2 la insaf pakai je seluar panjang bukan susah pun lagi plak nampak smart juga pakai seluar panjang ni.kalau perempuan plak bawa2 la pkai tudung n baju yg proper n longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuh badan..bukan apa skrg ni xkn lagi kita tidak perasaan dengan amaran Allah Taala dengan menghantar bencana so takat benda asas menjaga aurat adalah keutamaan dahulu sebelum pergi ke bab lain.bukan apa cuma aku rasa geram kadang2 macam trend je nk buka tutup aurat sesuka hati je terutamnya kaum wanita@perempuan.

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].