Friday, September 11, 2009

Jika itu KetentuanNya.......


Aku tidak mahu menyalahkan tuhan dan aku aku selalu berdoa agar memberikan aku rezeki dan umur yg panjang untuk terus bernafas...semakin lama aku melangkah semakin banyak dugaan yang aku rasa terbeban di bahu ini sehingga tidak dapat lagi menampung beban yg telah lama ku tanggung ini...

Mungkin ada padahnya aku terlalu baik dengan semua orang sehinggakan ada yg memarahi aku menabur harapan palsu dan juga janji-janji manis namun itu semua "KARUT" aku akan bercakap benar apabila aku merasakannya di dalam hati namun benda yg terjadi dengan paksaan aku cukup benci2 namun aku tidak menyalahkan individu tersebut cuma aku hanya bertanya kepada diri sendiri mengapa orang selalu menyibuk hal org lain walhal hal sendiri pun belum dilunaskan lagi.cuba letak cermin pada diri sendiri tgk la puas2 jikalau anda sayangkan kawan anda setelkan diri anda sendiri dulu...dalam fakta stress,seseorang yg ingin menghilangkan stress orang lain perlulah pastikan dia tidak berada dalam pengaruh stress...
Apa kejadahnya,mengambil port dalam hal orang lain dia tidak tahu hujung pangkal dan juga permulaan bagaimana status dan juga kehendak semasa terhadap benda yg diperjuangkan tersebut..Dalam konteks sayang kawan jgnlah disalah erti dengan tidak memberikan kebebasan dan mahu orang mengikut telunjuk mereka sahaja....

Aku bukan apa cuma rasa rimas sngt dengan orang yg nak tunjuk2 baik ni padahal org yg baik ni xpayah cakap dia baik pun kita dah tahu nilai sendiri...orang yang poyo baik kekdg lebih truk lagi dari org jahat yg mengaku dia jahat...aku malas la nak tulis banyak2 nanti kira mengumpat plak ni bolan posa wei...hahaha...apa2 pun insyallah satu masa allah akan tunjukkan jalan kepada orang yg sesat dan semoga mereka mendapat "NUR" dan inayahnya.....

Disini aku ingin ucapankan terima kasih kepada insan yg istimewa kepada aku sudah 3tahun tidak jemu memberi tunjuk ajak dan nasihat hanya insan itu sahaja yg tahu apabila dia bc blog ini.aku selalu mendoakanya semoga baik belaka..chow..

Wednesday, September 9, 2009

Lu pikir la Sendiri LAbu.....


Dikala hari-hari mendatangkan semakin mencabar diri aku semakin itu aku merasakan hidup ini sangat bosan apabila selalu melalui benda yang telah membuat diri aku untuk berfikir terlalu banyak…

Aku bukanlah ahli pemikir yang suka memikirkan sesuatu dalam masa yg lama dan terlalu menumpukan itu pasal selalu jadi macam2 masalah kt diri aku.Kekadang aku suka buat benda tidak berfikir dulu namun ada juga yg aku sudah fikir tetapi telah termaktub dalam qada dan qadar diri untuk terjadi macam 2 aku terima dengan seadanya tanpa menjadi pengecut utk tidak berhadapan dengan realiti…

Sejak tibanya bulan posa aku rasakan kosong maybe kerana posa tahun ini agak aku rasakan tidak best dan terlalu cepat berlalu sedar xsedar dah aku berada di tengah bulan posa namum aku masih memikir adakah aku telah menggumpulkan pahala yg banyak atau telah banyak membuat dosa dengan tuhan,manusia,binatang atau pun makhluk di dunia ini..

Aku bukan apa tidak terasa apa yg aku rasa macam dulu,ari2 sekarang sngt cepat dan tidak ku sangka ku telah lupakan banyak perkara yg perlu dilakukan namun ku berharap agar dpt melakukannya pada keesokkan harinya namun sangkaan ku sangat tersasar…

Lagi pula,berpuasa masa time kuliah mmg banyak dugaan yg ditempuhi kekdg aku rasa sangt berat utk menempuhi kerana iman didada masih belum kukuh ataupun mudah terpengaruh.Apa2 pun bukan ini penghalang utk aku tidak menadah pahala utk diri aku……

Aku rasa banyak sngt kelemahan diriku ini dikala umurku telah menjangkau usia dewasa aku perlu lebih berfikiran matang dan juga buangkan sifat kebudakkan dan berfikiran seorang dewasa dan bermula dengan azam dan cita2 masa depan yg tengah ku kejar ini..aku mesti mengenepikan anasir2 yg mengganggu pemikiran ini dan dibiarkan dikawal oleh orang,perasaan atau hasutan yg membawa aku kepada kemusnahan.aku perlu berdiri tenguh dengan pendirian diriku sendiri tanpa mengubahnya..aku perlu lebih setia dan taat pada suruhan Allah dan janji yg aku buat pada diri…Chow..

Wednesday, September 2, 2009

Pbs Terakhir....






Pada 16-20 Ogos 2009 adalah tarikh aku membuat pengalaman berasaskan sekolah yang terakhir dalam hidup aku bersama rakan-rakan yg sempoi...Kami buat di SK Taman Ria,Padang Serai,Kedah disamping berpbs kami juga berjalan sakan so ni ada sedikit gmbr2 yg sempat...

Sunday, August 30, 2009

Amal Insaf.....


DOA MURAH REZEKI


Dah agak lama xupdatez blog bukan pa rasa dah mcm malas tp bila bosan terasa nak tulis blk..hahaha


Bulan posa dah tiba jadi semua umat islam perlulah berpuasa...dalam bulan posa ni kita kena lakukan kebaikan,amal ibadat sebab pahala akan digandakan berlipat-lipat mcm lepat liat... Bula posa xhenti-henti rumah aku dikujungi orang terutamnaya saudara mara yang terdekat kira asek penuh je rumah aku...mula2 aku pun xbapa suka sngt sebab aku jrg blk umah time aku balik ni la rami btol org dtg so mcm xda privacy la nk lepak2 ngn family aku tp sebenarnYa aku silap aku da kena tegur ngn mama dia kata sebenarnya tetamu bawa rezeki kepada kita.mula2 aku mmg xcaya sngt dalam kepala otak aku pikIaq semak n serabut ja..huhu..mau tidaknya setiap yhari ade je tetamu kt umah aku 2..aku pantang kalau org dtg lpas 2 wat semak n bising2..

Last2 ada terjadi satu kejadian tp rahsia xbleh cite la,,aku betul2 percaya mmg tetamu membawa rezeki kepada tuan rumah kta perlu layan elok2 xkira sapa mereka itu...pengajaran ini telah memberi ikhtibar kepada aku supaya bersyukurdan membuat amal jariah dgn banyak.....chow..

Wednesday, August 19, 2009

aku malas.....


AKU JADI SANGAT PEMALAS DAN BANYAK KERJA LAIN PERLU BUAT.......

Wednesday, August 12, 2009

Sayu Hati....

Sejak kebelakangan cuaca disini mendung begitu juga hati aku....asek mendung ja..tidak selalunya mendung mesti ada gak matahari kekdg....kan.kan.

sekarang peredaran saat,minit,jam,hari,minggu,bulandan tahun semakin pantas aku menyedari bahawa aku semakin tua dan bukan muda macam dulu lagi...

aku bukan lagi sekuat dan segagah masa muda...banyak benda sudah terbatas apabila aku melakukan aktiviti fizikal padahal aku selalu ja buat benda 2 mungkin disebabkan ke gem-gemkan aku ni..kalau jogging pun xdapat bertahan lama sekejap dah semput n penat....

aku perasaan adalah aku dah makin boleh menerima hakikat kehidupan dewasa dan menangani dengan wajar dan bernas..xperlu emo2 ataupun naik berang semacam untuk semua benda..aku mmg rasa diri aku dah boleh terima kenyataan dunia realistik..aku juga dah tahu untuk mengecapi dan mengapai bintang2 yg memang aku rasa senag ja untuk dicapai...

aduss...sekejap sudah nk mula cuti so aku sayu la sket nk tinggal tempat aku blajar sebab ada org tersyg.....nanti mesti rindu sngt dah la jauh xbleh nk tgk dia senyum dan gelak2 lg....tiada lg khidmat utk dia aku mesti teringat je rutin yg selalu aku buat dia da ada dlm jadual 2minggu bg aku agak lama la tp apa bleh boleh kena memenuhi tanggungjawab yg telah diberi..terima dengan seadanya....chow

Wednesday, August 5, 2009

Tidak Sabar....

salam...

makin lama makin malas aku nk tulis blog tp bila dah bosan sngt buka tnet xtau nak buat apa baik aku tulis blog....hehehe

aku nak cepat cuti dan balik umah untuk buat pengalaman berasaskan sekolah terakhir di tempat aku dan mula bercuti....aku rasa bosan bak dok maktab lama2 ditambah plak dengan undang2 yg semakin ketat telah menyekat kebebasan aku utk membuat benda yg aku suka.......

sekarang dah la virus selesema babi plak menular di kawasan aku itu yg aku bertambah risau setiap hari dengar kt berita ada je org mati sebab virus ni so 2la aku rasa xsenang duduk kt cni lama2....bahaya tuh!!!pesanan aku skrg kan musim sakit sape2 yg terasa diri sakit cepat2 g jumpa dokhtor......

kelas aku plak asek xda je lg la aku bosan kalau ada kelas kekdg malam je so mcm xtau nk buat apa sngt.bila time busy terlampau sngt bila time rilek terlebih plak...hish...

apa2 aku nk cepat abis SBE ni lagipun sem depan dah nk mula praktkal dan mulakan cuti dan juga bulan posa dah hampir so kena byk buat ibadah dah.....kena kurangkan benda2 yg xbaik n lagho sebab nk kumpul pahala byk2...

dalam keadaan masa sekarang aku pula,cuba utk mengurangkan berat badan dgn mengamalkan diet seimbang dan juga 1hari sekali je makan kekdg xmkn trus minum air je byk2 sebab boleh jimat dan juga persediaan berpuasa tp 1 lagi yg xbleh rokok still kuat lagi nih...harap2 sinar ramadhan membuka lembaran baru.......

ok la....chow......