Monday, May 25, 2009

Aku Perlu Pulih Segera...


Salam...

Pada saat dan ketika ini,aku berasa sangat "down",bosan dan sakit.......aku terasa jiwa aku meronta-ronta untuk semua perkara yg aku alami seperti dalam lagu BPR-Airmata Jernih:

Air Mata Jernih
by BPR

Dari airmataku yang jernih

Renunganmu entah di mana

Hembusan bayu membisik engkau rindu...

Kepadaku



Betulkah apa yang kau katakan

Ataupun mainan perasaan

Jiwa yang gelodak yang meronta kesakitan



Aduh... aduh...

Aduh sakitnya jiwa ini

Meronta dalam kepalsuan

Andai aku tahu beginikah oh jadinya



Aku pun tak mahu mengundur diri

Walaupun cubaan menimpa

Ku maish terus lagi iman dilihat

Bukan dari zahir matamu

Serupa walaupun berbeza

Aku pun begini serupa pada satu masa...

Nanti....


Mungkin terlalu banyak tekanan yang aku hadapi salah satunya peperiksaan yang aku rasa macam x exam dan perasaan malas aku lg n terlampau rindu kt umah(aku dah bosan dok cni lama mcm dalam hell)...aku perlu pulih dan sembuh dengan cepat dengan balik umah secepat mungkin lepak ngn membe2 aku buat benda yg best seperti minum muru,layan ahseng,dok al-ameen,p shoppg ngn mak aku(dia dah janji nak blikan sumting untuk aku 4 bufday present..mak aku ja yg boleh faham aku!!!)yg paling penting aku nak makan masakan mak lang aku n berebut n kacau2 awathif...hahaha....Yg paling aku teringin sekali nak p jemputan@makan kenduri or tolong jd mentara...ok xpa aku boleh bersabar lagi cuma tinggal lg bpe hari ja...aku nak cepat tinggalkan tempat ini yg telah menserabut jiwa aku termasuk org2 yg buat hati aku sakit,relai,remuk....aku akan pulih nanti.....chow....

Sunday, May 24, 2009

Lumrah manusia...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Disini aku ingin meluahkan rasa kecewa yg teramat kepada diri aku dan orang kerana aku ini adalah insan yang tidak sempurna selalu melakukan kesilapan dan kekadang timbul rasa riak dan sombong tanpa aku sedari....

Apa yang aku ingin tekankan disini adalah perkataan "lumrah" adalah seperti kebiasaan atau pun adat serta naluri (aku men hentam ja ni kalau nak makna spesifik tgk kamus dewan)....tanpa aku sedari sebenarnya kebanyakkan manusia ini kurang mengenal erti syukur dan juga berterima kasih selalu je tidak berpuas hati dengan apa yg telah ditakdir dan tertulis dalam kamus hidup ini...Mereka hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain selalu bertindak tanpa batasan seorang insan yang bernama manusia.....

Jikalau anda sedari,bahawa apa yang selalu kita dapat kita tidak pernah berpuas hati padahal dalam erti kata lain kita sudah patut bersyukur kerana ada lagi orang yg lebih teruk dan tidak menerima atau dapat apa seperti kita ini...Jikalau sesuatu yang sudah ada di depan mata kita mesti tidak mahu menerimanya dengan hati yang terbuka dan sabar...mereka masih mahu mendongak langit dan menggapai bintang yang pada realitinya memang kita tidak boleh capai pada logikalnya....

aku betul tidak faham apakah perlu kita mencari apa yang tiada seperti peluang yang agak sukar kita perolehi tp padahal kita telah mempunyai pilih yang boleh kita pilih dan berkemungkinan kita boleh berjaya dengan peluang tersebut....Lagi satu kita tidak menghargai dengan apa yg kita ada contohnya dalam perhubungan persahabatan tanpa kita sedari kita sebenarnya telah mempunyai sahabat atau kawan2 yg baik dan bagus tp kita masih lagi tidak berterima kasih masih mencari kawan lain dan mengata kawan yg kita punyai itu xbest dan xmasuk kepala padahal nnt lama xda sapa yg nak kawan ngn kita kan dah melepas disitu...alright lah...rasa takat itu bebelan aku untuk kali ini..mungkin pada dikesempatan lain aku akan cuba kupas tajuk yg lebih berkaitan dgn hidup kita....chow...

Friday, May 22, 2009

T.O.Y.O.L


Salam Bicara...

Apakah itu toyol?mungkin mungkin kawan2 sudah mengetahui apakah itu toyol dan juga maksud tersendiri pada asalnya..haha....

Apa yg saya maksud kan toyol disini adalah kertas-kertas kecil yg terdapat tulisan atau cetakan kecil yg boleh disimpan dan muncul di mana-mana samada di dalam tandas,tepi longkang,bawah tanah,dalam stokin,kotak pencil,dalam poket dan sebagainya....

Kehadiran toyol itu adalah salah satu cara untuk menolong dalam peperiksaan...toyol ini perlu diseru dan disimpan dengan baik supaya tidak kantoi dengan pengawas...haha..Pakar2 ilmu misteri menyata kehadiran toyol tidak dapat disangkal lagi kerana ia ada kebaikan dan keburukan...

Dari segi baiknya,dapat membantu para pelajar untuk menjawab peperiksaan dan mengingati benda yg dah lupa dan buruknya ia akan selalu lg muncul di dewan atau kesan peperiksaan serta tidak serik lagi apabila telah menyeru toyol ini...

Apa2 pun moralnya jangan la meniru semasa peperiksaan....usaha tangga kejayaan kalau dah baca xbleh jawap tawakal je...chow

Tuesday, May 19, 2009

Pengurusan Lemah Bak....

Ajar kami menjadi orang yg Baik bukan menjadi hamba@Gurkha orang yang mencari Nama..Merperjudikan Diri orang lain Untuk Kesenangan Diri...

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.... Hari ini adalah hari 1st aku xam....alhamdulilah berkat doa dan usaha aku dapat menjawab dengan baik tp xtau la btol ke x...janji dapat jawab...hehehe..tujuan aku post ni bukan nk describe pasal mcm exam ni....aku cuma nk komen pasal Pentadbiran Ujian yg diuruskan oleh Kolej aku ni...memang aku amat kecewa sekali...da lama aku geram tp aku malas nk komen apa pasal pengurusan dan pentadbiran tempat aku belajar aku sabar je byk2 dan layankan aje....

Aku nak cerita kronologi untuk exam kali mmg serabut gila dan la nampak xorganize langsung sedangkan kita dalam bidang professional....Kononya nak lahirkan guru yg bagus dan perfect padahal sejak aku dok cni aku belajar bukan kelebihan tp aku nampak n belajar tentang kebodohan semua org terutamanya dari orang atas sampai la bawah....


Untuk kali aku rasa nak tulis pasal xam ja malas nk komen pasal lain nant la aku buat tajuk post lain....aku paling geram sehari sebelum xam boleh plak wat sambutan yg melibatkan semua org padahal nanti lpas exam byk masa lg blum cuti lg sempat xpun wat time cuti ni time2 orang nk exam ni kalut je dia nk wat smbutan mcm2..benggang r budak2 tambah kecian kt budak2 yg kna organize semua bnda yg dapat nama org atas..memang realiti kt cni mcm 2 yg penat2 wat keja student or pelajar yg bertungkus-lumus,penat,lelah bukan diberi elaun tambahan pun tp yg di atas dan pertengahan dapat nama...asek nak nma je penting sngt ka.???harapkan nama kt atas je wangi tp dapat di dalam busuk n barai wat pa...xdpt smpai objektif pun patut jaga kebajikan sket dan paling penting utamakan apa yg penting dulu...


exam ni kalau fail da kena repeat da malu plak kcian kt dak2 yg dok jauh kna dtg cni blk padahal xda masa nk study asek penuh ngn aktiviti yg inginkan nama...apakah itu adil??ok..cukup aku xpuas ati lg 1 bleh plak slip peperiksaan dpat sehari sebelum xam jadual pun dapat macam 2 juga..terkapai la budak2 dah la jadual mcm lahanat xbriefing yg tepat2 exam apa yg diambil oleh opsyen masing2 tidak kira luaran atau dalam yg paling kecian budak2 yg xcukup jam dapat slip lg lewat kalau xnk bg amik xam pun ckp je awal2 ni nk wat trick nk kna wat surat utk penjamin la padahal boleh wat awal lg so setiausaha peperiksaan buat pe selama ni tiap2 hari ada exam ka??aku mmg betol2 xpuas ati asek kata dak2 dapat elaun buta tp korg dpt gaji buta ka???yg xbest siap xbleh guna dewan tau la tp cuba organize elok2 ni guna kelas meja susun sendiri kna lekat sticker sendiri xksah sngt tp xda org pantau pun xda rasa x exam langsung hambar je.....pikir2 kan la konon nak lahirkan insan minda kelas pertama tp kami dilayan macam insan kelas ketiga kenapa perlu ada gap.....buat 1 perkara biar ikhlas xpayah cari nama kalau xbleh buat xpyh nk berlakon boleh buat nanti org len yg susah...chow

Monday, May 18, 2009

Tolong aku Hilangkan Penyakit M.A.L.A.S......


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bersyukur aku kepada allah kerana telah memberi nikmat hidup sehingga hari ini aku masih lagi bernafas dan mampu melaksanakan tanggungjawab sbg makhluk di muka bumi...aku berasa rendah diri dan kerdil di atas uka bumi kerana aku ingat bahawa ada lagi yg lebih besar dan berkuasa...mukaddimah aku bunyinya penuh keinsafan...alhamdulilah...

hari ini aku ingin mebicara sedikit ttg masalah yg dihadapi oleh diriku khususnya dan kawan2 aku amnya....aku btol tidak mengerti dengan diriku ini....dahulu aku tidak sebegini rupa dah la serabut lpas malas btol dalam nk study n baca buku akademik ni..asal buka buku je mesti ada gangguan yg mengganggu contoh teringatkan facebook yg mengasikkan,sayang tido,rasa nk buat keja lain...aku cuba nekad utk study juga tetapi jiwa ku bergelodak dibawa arus syaitan utk tidak melakukannya...mungkin kawan ada ubat atau vitamin untuk penyakit ini...huhuhu...TOLONG AKU!!!!Mungkin korg ada tips dan mengalami masalah yg sama sperti aku..Peperiksaan da semakin hmpir ni....adoyai....masalah sungguh dgn diriku ini....chow...Lahanat btol Malas ni lu peg belah jauh2...

Sunday, May 17, 2009

Sambutan HAri Guru 2009...

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU


logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA


Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.



IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.



TEMA HARI GURU MALAYSIA


2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Friday, May 15, 2009

Jangan Dibesar-besarkan Benda Yg Kecil...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Arini aku xmau berceloteh panjang...aku nak terus kepada tajuk yg aku ingin kupaskan arini...aku rasa tajuk ini agak sedap sebab sejak kebelakangan ini benda2 seperti ini selalu berlaku tidak kira di mana jua anda berada...

Aku rasa tajuk aku ini simple je tp sebenarnya aku ada msg yg amat mendalami utk difahami oleh semua jadi kalau boleh bila dah baca cuba fikir2kan lah dari sudut yg positif aku xsuka kalau korang nak cari negatif untuk menjatuhkan tp untuk memperbaiki aku sngt mengalukan...

Sebenarnya,aku tidak berada suka orang jenis ingin memperbesarkan hal-hal yg kecil dan remeh-temeh ini walaupun aku tahu hal ini kalau xbendung menjadi lebih besar tp tidak la perlu diperbesarkan atau dihighlightkan kerana ia akan mengerohkan lagi keadaan semasa....Apa yg perlu di buat cuba cari jalan penyelesaian yg sempurna dan betul jgnlah cuba untuk mencari populariti atau cuba bermuka-muka disebabkan oleh hal yg kecil...Kalau boleh aku harap cuba cari jalan sepositif yg mungkin kerana pemikiran negatif yg merasok akan merosakkan sesuatu....disini aku ingin tekankan bab tanggungjawab n peribadi jikalau ini membesarkan hal itu cuba cermin diri anda sendiri patutkah anda berbuat demikian serta yg paling penting apakah tanggungjawab anda di muka bumi ini..apakah matlamat hidup saudari/saudari tiadakah motto utk diri sendiri dan juga perlukah kita perlu utk melaga-lagakan orang sedangkah anda sudah tahu itu adalah perbuatan salah...mengapa perlu anda memilih jalan yg salah dan juga tidak berhemah...negara dan dunia ini ada peraturan jadi kalau terasa ketidakpuasan hati perlu disalurkan kepada pihak yg bertanggungjawab dgn cara berhemah dan jaga kecewa kalau tidak diberi kerjasama mungkin kita ada altenatif lain sedangkan kita diberikan akal untuk berfikir dgn sebaiknya bukan untuk memusnah bangsa,agama,negara dan muka bumi ini....Aku merayu kepada sesiapa saja yg selalu melakukan benda2 ini tolong la muhasabah/cermindiri adakah anda layak utk berbuat demikian....Chow...