Friday, February 13, 2009

Tertarik dgn artikel ini:"Ungku Aziz garis 4 strategi kejayaan"


KUALA LUMPUR: Profesor Diraja Ungku Aziz menggariskan empat aspek utama untuk mencapai kejayaan dengan mengambil kira idea serta pandangan pakar dan cendekiawan antarabangsa.

Katanya, aspek berkenaan ialah diet dan pemakanan yang sihat, alat atau cara untuk membangunkan pemikiran, pelbagai strategi mencapai kejayaan, serta kepemimpinan.

Beliau berkata, empat aspek penting itu terkandung dalam sembilan karya tersohor antarabangsa, termasuk yang dihasilkan pada 1532 dan sudah dibacanya berulang kali.


"Dari segi diet, pergi ke mana-mana, saya sering ditanya apa saya makan sehingga kini sudah berumur 87 tahun. Keseimbangan amat penting antara protein dan karbohidrat, daging dan bukan daging, serta makanan mentah dan yang dimasak.

"Saya ambil makanan berdaging dua kali seminggu tetapi saya makan dua kali salad yang lengkap setiap hari. Saya juga minum banyak air, jus oren yang diperah segar dan teh. Jangan minum kopi kerana ada profesor di Fakulti Perubatan pernah memberitahu saya ia tidak baik untuk diri kita.

"Selain itu, gula adalah `racun' yang sangat tidak baik untuk semua bahagian tubuh kita. Elakkan gula ia umpama racun'," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk `The Quest For Success' di Pusat Konvenyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.


Syarahan itu dianjurkan Petronas dan Universiti Teknologi Petronas sempena pemilihan Ungku Aziz sebagai penerima Anugerah Merdeka 2008 (Kategori Pendidikan dan Komuniti), November lalu.


Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka yang juga Presiden Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican, serta ahli lembaga itu yang juga Naib Presiden Bahagian Pendidikan Petronas, Datuk Dr Rosti Saruwono.

Ungku Aziz berkata, sembilan buku berkualiti itu yang disarankan dibaca ialah bertajuk `Fit For Life Not Fat For Life' hasil karya Harvey Diamond (2003), `Thinking Course' (Edward de Bono - 1982), `The Mind Map Book' (Tony Buzan - 1993), `Head First' (Tony Buzan - 2000), `The 36 Strategies of the Chinese: Adapting An Ancient Chinese Wisdom to the Business World' (Wee Chow Hou & Lan Luh Luh - 1988), `The Art of War' (Sun Xi - 1988), `The Prince on the Art of Power' (Niccolo Machiavelli - 1532), `Leader's Window' (J.D.W. Beck & N.M. Yeager - 1994) dan `Level 5 Leadership' (Jim Collins - HBR - 2001).

Sementara itu pada sidang akhbar, beliau berkata, bahasa bukanlah isu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah, sekali gus bahasa Inggeris tidak semestinya menjadi bahasa pengantar dua mata pelajaran itu.

"Dalam soal ini, apa yang penting ialah pelajar mesti diberi penguasaan kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang mantap," katanya.berita harian 13 feb 09

THanKs To ALL classmate....


First of all,aku ingin berterima kasih kepada rumate aku kerana diala aku masih boleh menulis blog kerana dia da beli broandband so aku buat adhoc kongsi ngn dia la...sekrng da xda masalah lg pasal tnet tp kekdg connection agak lembab sebab celcom bleh support 5gb je sebln da la ramai yg pakai celcom broadband kt cni...anyway aku bersyukur xda msalah lg..kepada sahabatku POJI jgn jeles la sebab blok H da ada kemajuan....HAhaHA....blok H da ada DELCOL oooo sejuk gile...lpas balik dr bersukan trus je bleh minum ma...yg blok C da rosak kah2...n then aku nk ucapkan thanks alot kepada sahabat@kwan2 kelas kerana g kerjasama sepenuh dalam setiap aktiviti kelas even kekdg semua terasa amat penat sngt tp still stay together as a team...Congrats...

Kepada sorg mamat kelas aku yg xnk take part or kira kepala dia ja..DiA Bleh G mamPOs tggu masa nk pulau je...sem ni mmg byk keja so ktorg mesti stay unite....bak kata pepatah "bersatu teguh bercerai roboh'...aktiviti2 ni mesti dilakukan bersama dengan adanya kerjasama antara kawan2 maka terjadi segala yang di rancang...lagi 1 pesanan kita wat kerja bukan sbb nk balasan kita mesti ikhlas n kerna ALLAH baru dapat pahala....AKu ingat ucapkan takziah kepada SYUK kerana telah menduda kembali...xpe syuk kawan2 ada utk support ko mmg kami tahu ko tidak berslah...ko ingat je ada ubi ada batas ada ari dia kna balas....bunga bukan sekuntum kumbang bukan sekor....len kali cari bunga yg matang jgn la dok cari bunga yg still xmatang n mcm budak2 sngt asek ingat nk seronok je...Jadikan bunga aku sebagai contoh..huhuhu...Apa2 pun mmg best dapat berkerja bersama kawan2 aku rasa xbleh lepas tangan saja or goyang kaki while tgk kwn2 wat keja rasa xsampai ati sngt....chow.

P/s:Palun bila nk Men CS ni....cepat sket...PJ erudite makes me proud!!!

Tuesday, February 10, 2009

Rimas Dan Terlemas....




2-3 hari kebelakangan ini aku asek terasa kepenatan tahap melampau.....samapikan kekdg makan pun xlalu sebab terlampau penat nak mampus tp bguih juga sebab aku skrg dlam proses nak saving n kuruskan badan...lepas raya ari 2 berat badan aku menaik secara mendadak dengan tiba2 xtau la apa yg aku sental samapi naik 8kg...aku mesti lawan ngn papa nrempit utk kurus kn badan hahaha...da la 2 aku budak pj lak byk aktivti yg terbantut kalau badan naik ni faham2 jela..berbalik kepada letih td,,sem kelas aku asek smpai petang je da smpaikan nak makan pun xsempat rehat kejap sangat la...da la asek kelas Pj la men bola jaring,bola sepak,gimnastik n aerobik la..."hugh"...bak kata malham penat bak rrr...

da abis kelas aku p trun padang plak bersukan kekdg men rugby n kekdg abis xda pa sngt aku jogg sebab kalau aku xtrun padang malam mesti susah mau tidoq r...jenuh berguling baru bleh tido...hahaha...Lg 1 yg aku xpuas ati ni asgmnt plak bertimbun n golek...ayoyo dengan PL lagi,Pj nite,pra PL....lpas aku kta bahagi mas utk family day n juga kawan...hehehe...aku rasa sampai satu tahap kekdg aku xthan sngt terpaksa la tido dalam kelas yg ada teori..yg selalu jd mangsa kelas HE N BM La..kah2..muka mmg letih bakmda itam plak 2 bila tau nak putih ma...jenuh pakai facial tp xmenjadi gak nk wat cmne ari2 mnghadap matahari je...

apa2 pun walaupan letih tp mmg enjoy gila aku pun buka suka sngt kelas2 teori yng memerlukan telinga n mata aku berfungsi sepenuhnya...anyway aku terpaksa la layankan aje..huahua...Yg Penting letih manapun kewajipan seorg muslim tetap ditunai semyg mau ckup 5waktu...lpas asar bc mathurat n trun padang..n kalau ada kelapangan trun surau n bc quran...alhamdulilah...spt kata En.HAssan masuk pub pakai serban(hanya org tertentu ja tau)....chow cincau...

Sunday, February 8, 2009

Krisis Diri.....


Salam....

Sejak Kebelakangan ini aku sering dilanda masalah yg bermacam2.......

Aku kekekadang confius sngt dengan diri aku ni....apa yg aku nak sebenarnya dalam hidup ni???

Aku selalu tidak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang padahal sebenarnya ada lg org lain lebih teruk dari aku...aku selalu menganggap diri aku la yg paling susah padahal belambak lg kowt org yg lagi susah dr aku dalam bermacam hal....aku rasa la aku mesti lebih bersifat realistik dan jgn terlalu memandang@melangkah jauh ke hadapan sampaikan aku terlupa langkah yang
sekarang...aku selalu merasakan diri aku betul padahal kekdg aku xbtol pun tp kebyknnya betol
la sebab skrg kalau benda yg aku xtau aku xakan ckp...

aku selalu akan betah balik apa yg org

ckp even dgn daddy 2 pasal selalu aku xmasuk kpala ngn dia...dulu msa aku kecik2 aku selalu ja
ikot dia p mana2 pun(kenduri,umah kwn2,p kuar makan ber2 ngn dia kt hotel,tlong picit kpala dia tp skrg semua 2 aku da xmau...mayb aku terasa diri aku besar dan n asek idup bersma kwn2 ja...kalau daddy ajak g mana2 pun xmau ikot da..mesti da keja len...kekdg aku kesian kt dia tp nk wat cmna dia n aku berbeza....Lagi yg aku perasaan aku derek ja mau gado ngan ajim...padahal ajim n watif adalah adik kesygn aku...dulu aku selalu layan depa skrg aku asek xpedulikan depa...dulu slalu kuar hangout nak ajim tp skrg da kurg!!! dia pun da hanyut ngn geng2 tp harap dia struggle 4 spm tis year la....ini pasal dgn family...

kalau ngn membe2 plak aku orait tp sket2 jela....skrg aku perasaan sngt aku lebih suka dok sorg2 jarang kuar bilik n buat onar mcm dulu lg...aku lebih suka duk kt bilik ja layan perasaan..kekdg membe tya mana hilang lama aku kata ada ja depa yg xnmpak....Alhamdulilah skrg ada sket perubahan dalam pelajaran mungkin aku berasa lebih matang n kena rajin sket makin lama belajar makin susah aku pun xda ponteng2 lg tp cuma yg aku hairanya aku still jd benchmark kelas ja kalau aku ada semua org ada padahal aku kowt skrg da dtg awal sket dr dulu n ada lg org lpas aku...dlam hidup aku skrg aku asek pikir pasal duit ja...smpai kekdang elaun bulan yg Fama bg kt aku pun aku rasa xckup..walhal bleh je tampung living cost kt cni
...aku asek nak cari benda2 yg merapu n menghabiskan duit kt snuker je tp skrg da kurg la...xchamp mcm dulu lg...duit elaun yg byk 2 pun aku rasa xckup...huhuhu...

betol kata org duit xpenah ckup kalau byk lg la byk kita belanja...moral dia kena jimat cermat..kna saving ni sebab ada target yg lebih pntng akan dtg...aku rasa bg lagi yg pelik tentang diri aku tp rasa takat ni ja aku ingat tp nanti aku sambung lagi....banyak lg krisis yng melanda idup aku ni....nak wat cmne kan bak kata senior aku yg sempoi2 "LAYAKAN AJE LAH"....harap2 aku buleh berubah secepat mungkin kepada benda2 yg baik n kalau boleh aku nak semua yg baik je xnk yg jahat2 ada sket2 xpelah kowt....

Saturday, February 7, 2009

Hati-hati Bila Berbelanja


Keadaan ekonomi sekarang merupakan waktu yang agak mencabar bagi kita; maka, inilah waktu yang terbaik untuk kita menilai kedudukan kita. Malah, adalah lebih penting untuk kita ketahui di mana kedudukan kewangan kita dan mula meniliti ke mana wang kita dibelanjakan. Jika tidak, kesukaran yang akan kita hadapi bukan hanya untuk bertahan, malah segala matlamat masa hadapan pun mungkin tidak tercapai.
Mengira Nilai Bersih Anda

Langkah permulaan anda adalah untuk mengambil tahu Nilai Bersih anda. Ataupun, dalam bahasa yang mudah, mencari kedudukan kewangan kesuluruhan anda. Mulakanlah dengan senarai aset : harta (dan nilai pasarannya) kepunyaan anda yang boleh dijual. (Lihat Kertas kerja 1: Penyata Nilai Bersih)
Kemudian senaraikan pula liabiliti: baki-baki hutang anda dengan pihak ketiga (bank, syarikat-syarikat kewangan, pusat membeli belah, kad kredit dan sebagainya).
Tolakkan jumlah liabiliti (jumlah dari senarai liabiliti anda) dari jumlah asset (jumlah nilai senarai aset anda), dan anda akan dapati Nilai Bersih anda: inilah satu-satunya nilai yang menentukan kedudukan kewangan anda.

Jika perbezaan antara harta dan hutang anda memberi nilai yang positif, ini bermakna anda mempunyai Nilai Bersih yang positif. Sebaliknya, jika ia didapati negatif, anda sedang menanggung kerugian (“insolvent”).

Analisa Aliran Tunai Bulanan Anda
Selepas mengenalpasti keseluruhan status kewangan anda, langkah yang seterusnya adalah menganalisa pengaliran tunai bulanan anda. Ini akan menunjukkan ke mana arah anda – sama ada anda mengumpul wang, bertahan atau terus dibelenggu hutang. Anda boleh mengetahuinya dengan memeriksa pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda. (Lihat Kertas kerja 2: Penyata Aliran Tunai)
Jika anda mempunyai wang lebih pada akhir bulan setelah menjelaskan semua perbelanjaan (ya, kami faham, ramai orang mungkin curiga dapat menhasilkan wang lebih setiap bulan – bak kata “kais pagi makan pagi”), nilai bersih anda akan meningkat, dan anda harus menyimpan atau melaburkan baki yang lebih ini. Sebaliknya pula, jika anda tidak dapat menampung keperluan bulanan, anda harus pula mengubahsuaikan perbelanjaan agar anda dapat membayar semua bil atau komitmen anda.
Tidak kira walau ke mana arah kewangan anda, ketetapan anda untuk memeriksa perbelanjaan anda secara berterusan adalah penting untuk anda berjaya menguruskan wang, terutamanya dalam tempoh yang sukar seperti sekarang.
Berikut adalah beberapa perkara penting untuk dipertimbangkan dalam perbelanjaan utama anda.
Pendidikan
Penidikan merupakan satu perkara penting dalam pertimbangan dalam pelan kewangan anda. Walaupun kita perlu menanggung kos untuk mendapatkan ijazah atau sijil di kolej, perbelanjaan ini biasanya salah satu pelaburan terbaik yang boleh kita dilakukan. Secara purata, seseorang yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi dan kemahiran kerja yang memenuhi kehendak pasaran selalunya mendapat pendapatan yang lebih. Mendapatkan pendidikan tambahan adalah salah satu pelaburan terbaik yang harus kita lakukan.
Pengurusan hutang
Pada dasarnya berhutang bukanlah satu idea yang teruk. Yang mencabar tentang berhutang adalah selain membayar semula pokok hutang (jumlah asal yang dipinjam), kita juga harus membayar faedah yang dikenakan atas baki hutang tersebut. Bagi pinjaman 30 tahun untuk perumahan, umpamanya, peminjam akan membayar lebih dua kali ganda nilai pembelian rumah tersebut, disebabkan oleh tambahan yang diperlukan untuk membayar faedahnya. Jadi, jika kita boleh mengelak diri dari meminjam wang, ini adalah lebih baik untuk jangka masa panjang.
Walau bagaimanapun, kita mungkin amat memerlukan pinjaman wang dalam situasi yang lain pula. Anda memerlukan pinjaman samada dalam perniagaan, pembelian rumah atau kereta. Walaupun pinjaman dibuat atas alasan tersebut, adalah lebih baik untuk anda mempunyai sedikit wang tambahan di dalam bajet anda untuk waktu kecemasan. Kecemasan dan perbelanjaan yang tidak terduga selalunya timbul bila-bila masa sahaja.
Oleh itu, anda haruslah berhati-hati sebelum melibatkan diri anda dalam apa-apa komitmen hutang. Hutang yang tidak dilangsaikan serta-merta akan bertambah banyak tanpa disedari anda.
Membeli rumah
Selain kos tambahan yang berkaitan dengan pembelian rumah seperti bayaran pendahuluan (selalunya 10 atau 20 peratus dari harga pembelian) dan yuran ansuran, anda harus membuat pertimbangan mengenai kos urus-selia dan lain-lain yuran yang berkaitan.
Jika anda membuat keputusan untuk menjual rumah anda, bayaran yuran ejen hartanah perlu dibayar terlebih dahulu. Selain itu terdapat juga beberapa kos pentadbiran seperti duti stem, yuran guaman dan sebagainya serta bayaran denda terhadap pinjaman perumahan jika rumah tersebut dijual dalam tempoh wajib (“lock-in period”) pinjaman tersebut. Perkara-perkara ini akan menambah beberapa peratus harga jualan asal. Oleh sebab kos-kos tambahan ini, sesiapa yang ingin membeli rumah hanya untuk tinggal di dalamnya untuk jangkamasa yang pendek dan kemudian menjualnya semula, hendaklah membuat keputusan tersebut dengan pengetahuan kewangan yang waras.
Ciri-ciri lain yang harus dipertimbangkan sebelum membeli rumah adalah keadaan pasaran hartanah (samada nilai rumah-rumah di kawasan tersebut sedang naik atau merosot), lokasi (rumah di lokasi permintaan ramai selalunya boleh dijual dengan sambutan yang lebih baik) dan samada rumah tersebut akan memenuhi keperluan anda dan juga keperluan pembeli yang akan datang.
Pengangkutan atau transpot
Mempunyai kereta sendiri memberi seseorang itu satu kemudahan yang indah, tetapi ia boleh memakan sebahagian besar dari bajet perbelanjaan atau persendirian anda. Jika anda tidak mampu membeli sesebuah kereta, jumlah perbelanjaan yang berkaitan dengannya akan meningkatkan harganya lebih dari harga asal yang disangkakan, apatah lagi perbelanjaan seperti insuran, kos memperbaiki & penjagaan dan bayaran ansuran pinjaman. Memandangkan juga kenaikan harga minyak sekarang, menggunakan pengangkutan awam (bas, LRT, komuter, dsb.) mungkin menjadi pilihan yang lebih munasabah. Walaupun tidak semudah menaiki kereta sendiri, pilihan ini tetap lebih murah.
Tetapi jika kita tiada pilihan lain dan terpaksa membeli kereta oleh sebab ketiadaan pengangkutan awam di kawasan tinggal atau disebabkan alasan-alasan sah yang lain, kita mesti pastikan kemampuan kita untuk membayar segala kos-kos yang terlibat, terutamanya kos minyak dan penyelenggaraannya.
Makanan
Kos makanan merupakan satu lagi bahagian utama dalam bajet sesuatu keluarga. Secara am, membeli secara borong kemudian menyediakan makanan di rumah adalah lebih menjimatkan daripada membeli barang makanan yang telah diproses dan makan luar di restoran. Tambahan pula, ramai keluarga mendapati bahawa menyara kebun atau tapak tanaman sayur-sayuran sendiri juga membantu dalam mengurus bajet makanan mereka.
Pakaian
Kita tidak dapat menafikan bahawa setiap orang perlukan pakaian; sebaliknya, di sini juga kita berpeluang untuk berjimat cermat. Jika kita merancang pakaian yang akan memenuhi almari kita, bajet pakaian dapatlah dikawal, dan tidaklah berlebihan kerana membeli sesuka hati pada bila-bila masa.
Membeli pakaian yang berkualiti, dan bergaya tradisional boleh menjimatkan dalam jangkamasa yang agak panjang. Pakaian sebegitu boleh tahan lama dan akan bertahan melalui dunia fesyen yang sering berubah; pendekatan ini lebih murah dalam masa panjang daripada membeli pakaian yang kurang berkualiti atau yang mengikuti fesyen terkini.
Simpanan
Tidak ketinggalan pula, kita harus fokus kepada tabiat menyimpan wang. Walaupun simpanan sering dianggap sebagai suatu yang mewah, ia sepatutnya dari awal lagi dimasukkan dalam bajet setiap rumahtangga. Sebabnya mudah sahaja: Waktu-waktu kecemasan atau perbelanjaan yang tidak diduga akan timbul pada bila-bila masa sahaja. Dengan adanya simpanan, kita sudahpun bersedia untuk mengurangkan kesan malapetaka itu. Dari sudut aspek ini juga, simpanan wang boleh dianggapkan sebagai perbelanjaan yang ditangguh untuk masa hadapan.
Selain dari mengadakan dana simpanan untuk kecemasan, banyak lagi alasan yang boleh diberi bagi menyimpan wang, seperti perbelanjaan dirancang untuk membeli rumah, kereta, barang-barang persendirian, rancangan pendidikan dan juga matlamat untuk meninggalkan dana pusaka. Kesemua matlamat-matlamat kewangan ini memerlukan satu elemen yang sama, iaitu disiplin diri untuk tetap menyimpan sejumlah amaun minima, malah amaun yang semakin bertambah, ke arah dana simpanan anda.
Anda juga harus awasi berbagai-bagai kaedah periklanan yang mencuba mengubah minda anda ke arah yang berlawanan. Mereka sentiasa memberi galakan untuk “beli sekarang, bayar kemudian” dan pandai pula menipu minda anda dengan anggapan bahawa gaya hidup serba mewah ini adalah sebenarnya ganjaran hidup anda. Disiplin diri untuk menyimpan wang, dan pemikiran waras yang mengetahui waktu yang sesuai untuk membeli-belah, adalah asas terpenting dalam usaha anda untuk membina dana kewangan masa hadapan yang berjaya.
Kami berharap, kami telah dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan yang bermanfaat untuk memperbaiki pengurusan Aliran Tunai anda, dan juga meninggikan tahap Nilai Bersih anda. Pada minggu hadapan, kita akan menemui pula topik yang boleh memberi anda pendekatan untuk bertahan dalam zaman inflasi ini.from...akpk web...

Berbelanjalah Dengan Cermat...Utamakan yg Keutamaan...


Sunday, February 1, 2009

My IdoL in short terms.....

Syed Mokhtar Al-Bukhary

Syed Mokhtar Al-Bukhary
Born 1952
Kedah ,Malaysia
Occupation Founder, Albukhary Foundation
Net worth ▲US$2.0bn(2007)
Religious beliefs Islam
Spouse(s) Puan Sri Sharifah Zarah Al-Bukhary
Children 4 children

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary is the richest Bumiputra corporate figure in Malaysia. With involvement in diversified business areas which include transportation and logistics, plantations, property development, defense and armory as well as engineering and power generation, he has a net worth estimated to be US$2.00 billion according to Forbes, making him the 7th richest Malaysian.

Early life

Syed Mokhtar al-Bukhary was born into a mid-low class family of Hadhrami Arab descent in north of Peninsular Malaysia; whose house was without necessities and luxuries. His highest education was only until form five, and he never went to university. A whole lot of his knowledge and experience was gained through his own entrepreneurship experience during his youth time.

Due in part his family's mediocre-to-poor background, Syed Mokhtar al Bukhary had to step into the working world in his early life, while pursuing his primary and secondary studies. Syed Mokhtar helped his mother planting and selling vegetables in the market and also selling roti canai. His numeric knowledge was used to help his father in doing daily book keeping.

After finishing school, Syed Mokhtar helped his father in breeding cow business but only to see the business washed away by foot and mouth disease. Nevertheless, he took over the business and start over by selling meats. He then move on to packaging the meats and start selling them wholesale. His determination paid off and the business started to take off.


Career

Syed Mokhtar and Zainal started his business in Johor in the 1990s dealing in rice. More success followed and he moved to rice trading business. He worked even harder after awarded the rice trading license from Lembaga Padi Negara, and was later awarded successions of supplier contract government-linked corporations as partner with Zainal Hatim Hj Ambia Bukhary.

As his determination starting to skyrocket, he quickly moved to expand into diversifnication of other businesses. His next big move was in the logistics business, with initial goal to transport their trading materials. As the saying goes, 'the harder you work, the luckier you get'. Today, his business empire has grown into areas such as plantation, property development, construction, engineering, power generation, infrastructure and ports.

He owns 51.8% share in Malaysian Mining Corporation via his wholly-owned company, Syarikat Impian Teladan Sdn. Bhd. Tan Sri Syed Mokhtar and Zainal Hatim personally owns SKS Ventures, which was awarded the task of building the site for 2100MW gas-fired power station at Tanjung Bin, Johor. Tan Sri Syed Mohktar has a 32% share in PERNAS through his own company, Syarikat Ratu Jernih. Syarikat Perdana Padu Sdn. Bhd. and Corak Kukuh Sdn. Bhd. Tan Sri Syed Mokhtar and Zainal are Board Members of Syarikat Bina Puri Holdings Berhad, whereby, on his own, he has 7.34% share. Apart from these, Tan Sri Syed Mokhtar and Zainal has varied interest in a number of companies, both in Malaysia as well as abroad.

Charity

His philanthropic values were nurtured from the age of 23 when he started a small business dealing in rice. When he received his first monthly income of RM1,500, his mother had told him to donate half of it to the poor.

From 1996 to 2006, his foundation has contributed almost RM1bil to charity.

He has humanitarian projects in Asia and Africa, including rebuilding the lives of Afghan refugees, Pakistan's earthquake survivors and Indonesia's tsunami victims and is now working to establish an AIDS hospital in Uganda.

Among the foundation's initiatives are the Albukhary Tuition Programme for poor underachievers and the Albukhary Scholarship Programme for poor high achievers.

Actually i want to be like him someday n now i had learnt how 2 use my money for charity or fund mayb a litte but it meaningfull for those who need help...

Saturday, January 31, 2009

2008–2009 Israel–Gaza conflict

The 2008–2009 Israel–Gaza conflict, part of the ongoing Israeli–Palestinian conflict, started on 27 December 2008 (11:30 a.m. local time; 9:30 a.m. UTC) when Israel launched a military campaign in the Gaza Strip. Codenamed Operation Cast Lead (Hebrew: מבצע עופרת יצוקה‎), the campaign's stated intention was to stop Hamas rocket attacks on Israel's southern communities and target the members and infrastructure of Hamas. In the Arab World, the conflict has been described as the Gaza Massacre (Arabic: مجزرة غزة‎).

A six-month truce between Hamas and Israel expired on 19 December 2008. Hamas and Israel could not agree on conditions to extend the truce.Hamas blamed Israel for not lifting the Gaza Strip blockade, and for an Israeli raid on a purported cross-border tunnel in the Gaza Strip on November 4, which it held constituted a serious breach of the truce. Israel blamed Hamas for rocket and mortar attacks on Israel.

On 27 December 2008, Israel launched its military operation with the stated objective of halting Hamas rocket fire and the smuggling of weapons through underground tunnels from Egypt. Hamas demands the cessation of Israeli attacks and an end to the Gaza Strip blockade.On the first day of the Israeli operation, the Israeli Air Force, supported by the navy, bombed Hamas bases, training camps, headquarters and offices in the Gaza strip. Civilian infrastructure, including mosques, houses and schools, were also attacked. Israel claims that many of these buildings stocked weapons or personnel. Hamas has intensified its rocket and mortar attacks against targets in Israel throughout the conflict, hitting such cities as Beersheba and Ashdod.On January 3, 2009, the Israeli Defence Forces ground invasion began, with mechanised infantry, armor, and artillery units, supported by helicopter gunships, entering Gaza.

As of 28 January 2009, 13 Israelis have been killed during this conflict, including three civilians. About 1,300 Palestinians including 410 children and about 900 civilians (with the remainder being police officers and militants) were killed, according to figures compiled by the Palestinian ministry of health. The Israeli military claims that between 1,100 and 1,300 were killed, over 700 were militants and 250 were civilians.

International reactions during the conflict have included calls for an immediate ceasefire as in the United Nations Security Council Resolution 1860, and concern about the humanitarian situation in the Gaza Strip and the hindrances in delivering aid.

Israel announced a unilateral ceasefire on January 18 which came in effect at 0000 UTC (2 a.m. local time). Palestinian militants fired about 20 rockets over the border after the Israeli ceasefire announcement and Israel launched an airstrike in Gaza. Hamas offered its own one-week unilateral ceasefire. On 21 January, Israel completed its withdrawal from the Gaza Strip.

In the days following the ceasefire, the BBC reported that more than 400,000 Gazans were left without running water. As a result of the bombings, 4,000 Gazan buildings were razed and 20,000 severely damaged), and it was reported that Gaza 'looks like earthquake zone'. More than 50,800 Gazans were left homeless.

Human rights groups and aid organisations have accused Hamas and Israel of war crimes and called for independent investigations and lawsuits. On January 26, Israeli soldiers and officials were warned against traveling to Britain over fears they could be arrested and charged with war crimes.